Thursday, August 20, 2015

RESEPI KEK GULUNG/KETAYAP







Bahan-bahan : 

Untuk inti: 

1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air

Untuk kulit :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam

Cara :

Untuk inti:

1) Gaulkan semua bahan­bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.

2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit :

1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan

2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.

3) Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah­tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­kemas. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan



selamat mencuba ya

6 comments:

Nurul Faiz said...

sekali sekala makan kuih ni sedap jugak :)

Nora Karim said...

Mudah sebenarnya buat kuih ni.. tp saya sorang je mkn... kalau buat mmg tak baloi... huhuhuhu so kalau terasa nak mkn... kena beli je la...

rubiah kadir said...

hehe..betul..ruby selalu beli je..mls nk buat..tunjuk jela setkt nk beli rm2 je

rubiah kadir said...

aahh..betul tu..x berbaloai..anak2 ruby xmkn..bdk2 skrg yg die tahu nugget, burger laha..mcD. mane nk mkn mcm ni ha...ruby selalu tunjuk je..rm2 kak!!!
beli jer

Mardiah Diana said...

sedapnya ketayap..

rubiah kadir said...

Hehe..sis mardiah..buat ler