Tuesday, August 11, 2015

WAKTU TIDUR BAYI 6-8 BULAN

oooOOO NURISYA sayang. patutlah kamu aktif sgt bila tiba waktu malam sekarang ya. naik pening mak di buatnya. yelah, sebelum ni ok je waktu tidurnya. boleh kasi 5 bintang lah. hehe. sejak masuk 7bulan ni, anak perempuanku berjaga malam!! bila paksa masukkan dlm buai, mesti meronta-ronta & menangis. mak yg kalut. tertanya2 kenapa sampai camtu. so bila malam je, maknya jadi mak guard.silap hari bulan mataku jadi beruang panda, mesti comel kan. huhu. anak ohh anak, sabar jelah. bila jumpa artikel ni, lega rasanya. rupanya itu normal.




NURISYA MOHD SYUKARDI




Bila bayi semakin membesar dan boleh bertahan tanpa diberi makan untuk tempoh waktu yang agak lama. Ia akan memberi kesan terhadap waktu tidur mereka. Jika waktu tidur mereka tidak berubah, di sini ada beberapa tips untuk anda.

Selalunya bayi akan tidur lebih lama di malam hari apabila dia semakin membesar. Untuk umur bayi seperti ini, waktu tidur selama 10 hingga 12 jam pada waktu malam, dengan dua kali tidur di waktu siang adalah normal. 

Anda boleh memberhentikan penyusuan badan di malam hari Apabila bayi semakin membesar, keinginan untuk makan di waktu malam menjadi kurang.

Bila umurnya 6 bulan dan berat badannya bertambah seperti sepatutnya, menyusu badan di malam hari tidak lagi perlu, walaupun kadang-kadang anak anda memintanya.

Menyusu badan di waktu malam memberi keselesaan kepada bayi, asalkan anda masih mempunyai tenaga menyusukan mereka. 

Sekiranya bayi anda telah mula makan makanan pejal, dan juga meminum susu formula, mungkin anak anda akan tidur lebih lama di waktu malam.

Apabila mencecah 8 bulan, anak anda tidak akan tidur nyenyak. Pada masa ini, banyak perubahan berlaku pada diri anak anda sehingga menggangu waktu tidurnya. Kehidupan anak-anak yang aktif di waktu ini menyebabkan mereka kurang tidur seperti yang sepatutnya!!!

Jika bayi anda telah mengetahui bahawa makanan dan tidur tidak berkaitan, dan boleh tidur tanpa makan, anda akan dapat tidur lebih lama. Oleh itu, bantu anak anda untuk tidur dengan mengurut belakang badan mereka, selesakan mereka dan sentiasa di sisi mereka. Anda boleh mencubanya semampu yang boleh. 
sumber: drypers malaysia
ada sebarang tips supaya anak anda boleh tidur lebih lama? Kongsikan di sini pada ruangan komen ya!

SID ANDA,
sms Wa 0166696703

2 comments:

Eintan Nurfuzie said...

bl dh tua.. kita akn jd kurang tidur

GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
Nak Sketch Pic free?
Jom test luck korang kot kot terpilih
dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

rubiah kadir said...

Hehehe..begitulah npk gayanya kan.. makin berumur..makin krg tdo..