Thursday, September 10, 2015

Donut Gebu Gebas tanpa Telur

Assalamualaikum semua kawan2 blogger..

Hari ni ruby terlebih rajin. Hehehe. Buat donut utk anak-anak. Tapi sebenarnya boleh di katakan hari2 mengguli gandum, sebabnya dia org suka sangat makan.

Pastu gatal tangan nk update kat blog ni.
Resepi x seberapa. Cubalah kalau ada yg nk try ya. Huhuhu.

Bahan A

Air suam separuh cawan

1 sudu yis 

2 sudu gula

** satukan semua. Dan tunggu sampai berbuih tau


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
Sedikit garam
1 sudu susu pekat/susu tepung
( Boleh tambah bread improver/shortening/minyak masak kalau nk lagi lembut )

**satukan ke semua bahan B

Garam xboleh campur dgn yis. Sebabnya yis akan mati. Lagi 1 x boleh guna air panas.

Campur bahan A dgn bahan B. uli sampai tepung x melekat. Kalo doh lembik, still melekat2. Tu maknanya terlebih air. Boleh tambah sikit tepung gandum tu.

Lepas tu, rehatkan doh selama setengah jam. Sebab sikit je buat. Tutup dgn kain basah.

Bila doh dah mengembang, uli lagi dlm 5-10minit utk keluarkan angin tu. Dan boleh lah bentukkan jadi bebola. Tekan dgn penggelek kayu dan tekap utk buat lubang di tengah2. Tapi ruby guna 2jari je. Tekan bg leper & mik penutup botol terus tekap. Asal boleh je kan.

Tunggu donut naik & goreng je dgn api slow. Balik2 kan masa goreng tu supaya x hangus sebelah & xmasak kt dlm. Bila dah sejuk boleh gaul dgn gula. Selalu ruby gaul dgn nestum yg di blender. Boleh jugak nk salutkan dgn coklat ke ape.

Sekian membebel. Hehehe.

3 comments:

Athirah Zain said...

kalo dorng suka makan, mesti sedap ni,,hehe

hainom OKje said...

Lama dah tak buat donat.....Anak kecik mmg suka donut kan tu yg maknya rajin menguli tu hihi.....
Salam kenal RK...

Nadratul Syazwana said...

Nak buat takut tak jadi, kang membazir beli bahan je T_T So kita tengok jela hasil orang lain ahhaha.