Saturday, September 5, 2015

Hikmah di sebalik apa yg berlaku

Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya.
contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu'.
Berdoa supaya kuat utk menjalani kehidupan. Allah swt duga pula dgn perangai anak atau kesihatan family.
Di dtgkan dgn masalah bertimpa-timpa.
Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri. Justeru sama-sama kita bersabar dan tidak cepat putus asa, jgn terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci takdir.
Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itula sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَه
ُ
Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)

1 comment:

Ahlam Miera Shafie said...

setiap ujian yg diberikan pd kita ada hikmah disebaliknya...