Tuesday, September 22, 2015

Puasa Sunat Arafah

Bagi orang yang tidak menunaikan haji di anjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
[HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]

"Dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah- menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”. 
[Sahih riwayat Imam Muslim, Abu Dawud , Ahmad , Baihaqi, dan lain-lain]

Rasulullah SAW bersabda: ''Tidak ada hari yang dimana Allah memerdekakan banyak hamba-hambaNya dari neraka daripada hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membangganggakan mereka kepada para Malaikat seraya berkata: Apa saja yang mereka inginkan? (akan Aku kabulkan)'' 
[HR Tirmidzi].

Wallahualam.