Monday, September 14, 2015

Resepi tuna roll

Bahan - bahan :

BAHAN INTI

1 tin ikan tuna, toskan

1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil

2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus

1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon

BAHAN2 LAIN

2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata.


CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.

2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya.

3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.

4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua..

selamat mencuba!!

5 comments:

fifie feyca said...

sedapnya!

Saljuhumairah said...

mudah jer rupanya... boleh try nih...

The Kehalusan Kelembutan said...

sedap juga buat makan ptg ptg kan :)

Irwin Andriyanto said...

Sedappppp,,, buat kaorang kenyang

Eintan Nurfuzie said...

simple tapi sedap kan?
Jom singgah blog : Nurfuzie.com

Jom singgah entry ni: TOP ENTRY Minggu Ketiga September 2015