Tuesday, October 6, 2015

Jeruk Mangga Asam Boi

jeruk mangga asam boi
sedap!!!
Bahan-bahan

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!

Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.

ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan asam boi.
Itambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.kalau guna limau kasturi lagi sedap!

Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.

Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.
ya Allah sedapnyaaa....

3 comments:

Kayu Manis said...

wow sedapppnya...
tak dpt menahan lelehan...

ct cheery said...

Alah..telan air liur nengok T__T

ct cheery said...

Alah..telan air liur nengok T__T