Monday, October 12, 2015

Resepi Lepat Ubi

Tepung manis ubi kayu/ lepat ubi

450gm ubikayu yg diparut dan telah dibuang airnya
2 cwn santan dari 1 biji kelapa
230gm gula melaka
1/2 cwn gula pasir
Daun pandan disimpul
Secubit garam
Daun pisang secukupnya yg telah dilayur api

Masak gula melaka dan gula pasir dgn sedikit air hingga gula larut dan tapis.
Masak santan, air gula, daun pandan yg disimpul dan garam hingga pekat.

Masukkan ubikayu parut dan kacau di atas api sekejap shj, agak2 kering sedikit supaya senang kerja membungkus.Masa ni tepung dlm keadaan separuh masak.

Tunggu adunan suam baru dibungkus dlm daun pisang seperti bungkus nasi lemak.kukus 20 minit.
*sapu sedikit minyak pd daun pisang sebelum diletakkan adunan.

Selamat mencuba!!






4 comments:

hainom OKje said...

Terernya Ruby buat Lepat ubi ni....okje mmg suka makan lepat ubi ni tp tak suka buat. Rasa mvm leceh jer. Nak kena parut ubilah, bagailah....baik beli jerlah senang hihi

ct cheery said...

Kita suka gak lepat ubi nih tapi nak buat segan hahaha

ct cheery said...

Kita suka gak lepat ubi nih tapi nak buat segan hahaha

Mizz Aiza said...

sedap tu buat minum petang macam ni.. terima kasih share resipi..