Friday, March 4, 2016

KELAS PENGURUSAN MASA


ASSALAMUALAIKUM.
petang ni ruby berkesempatan utk hadiri kelas secara online hanya dari rumah. 
Bisnes Shaklee ni bisnes yg sangat MUDAH & FLEKSIBEL.
sambil buaikan anak, boleh tambah ilmu.
seronok kan :) 
ada support group istimewa lagi tu, semestinya dari Masters Shaklee yg dah lama berpengalaman. 
walaupun hanya di alam maya, boleh terasa bahang dan aura positif mereka!!
sampai mengalir air mata ruby dek tersentap bila bab " anak " di sentuh. 

Kelas Pengurusan Masa
Bersama Master Lyna Noh @ AKACHAN. Bekas jurutera oil & gas. Pengasas organisasi Shaklee iaitu iReach
Lokasi: Channel Telegram FAC 6 months Program.
KHAS utk peserta FLY ACADEMY.

antara point2 PENTING di tekankan:
1) hargai setiap saat yg di lalui dlm kehidupan kita. lakukan amal kebaikan & ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. jika gagal uruskan masa, bermakna hidup kita adalah sia-sia
2) jalankan amanah serta tanggungjawab kita dgn ikhlas kerana kita insan terpilih. percaya yg kita mampu lalui apa yg Allah uji.
3) elakkan merungut & mengeluh jika mahu berjaya
4) buang sikap suka menangguh, nanti dan tak pe dlm menyiapkan kerja
5) jangan jadikan ANAK sebagai bebanan/alasan
6) jangan bandingkan situasi kita dgn orang lain. setiap orang x sama dlm cabaran hidup
7) perlu ada jadual, rancang aktiviti harian & perlu lakukan tugasan yg penting dahulu
8) FOKUS dgn apa yg kita buat
9) jadikan Allah sebagai busines partner. kita buat kerja kita, jangan buat kerja Allah
10) solat di awal waktu, mengaji, zikir, selawat & berfikiran positif utk menjaga keberkatan waktu. boleh buat banyak perkara dlm waktu yg singkat & masa terasa lama walaupun 30minit berbanding 30jam yg x boleh lakukan apa2. 

" setiap saat yg kita sia-siakan dlm kehidupan,
sesaat kita makin dekat dgn liang lahad. sedar-sedar dah mati tanpa melakukan amal kebaikan "

terima kasih atas perkongsian ilmu yg hebat dari MASTER LYNA NOH.

5 comments:

aeinna Musa said...

Tq for sharing ruby

sarah m said...

Terima kasih share. 😁

sarah m said...

Terima kasih share. 😁

Encik Gajah said...

Terima kasih sebab share ilmu yang bermanfaat ini

Jari Manis said...

masa berlalu sgt cepat..perlu penuhi dgn perkara bermanfaat