Wednesday, April 27, 2016

adakah UBAT yang anda ambil di jamin SELAMAT ?

|| Kenali Ubat Anda ||
Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk yang berdaftar mempunyai NOMBOR pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan LABEL Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di laman http://www.pharmacy.gov.my/

Reminder :)
Kredit to Master Iffah Anuar

1 comment:

Atie Yusof said...

TQ for sharing info ni Ruby...penting utk tahu ttg ubat-ubatan yg kita ambil kan..

* lama tak kesini..pekbar?? :)