Monday, June 13, 2016

Kebaikan Buah Kurma Ketika BERBUKA PUASA

Kebaikan Buah Kurma ketika BERBUKA PUASA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus yang mana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.

Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma memberi tenaga serta-merta kepada si pemakannya dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan solat Maghrib atau tarawih.

Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.

sumber : Dr Norzaidi Zakaria, PERDIM

No comments: