Tuesday, July 10, 2018

Apa itu Whitehead dan Blackhead ?

whitehead dan blackhead

Bila wujud 2 makhluk asing ni kat area hidung, mesti rasa tak syok. Rasa berpasir menggerutu je bila sentuh.

Jari-jari mesti tak senang duduk, gatal nk picit picit hidung tu bagi licin dari segala makhluk tuh. Kadang tu sampai merah merah hidung di buat nya 

Eiii.. gerammnya makk!

Sape yang selalu hadap masalah ni ?

Pakai bedak atau foundation pun tak smooth. Akan nampak janggal dan pelik kat part hidung dengan timbunan2 blackhead dan whitehead tu kan.

Seriuss. Automatik jd low konpident 

WHITEHEAD terjadi bila sebum(minyak) atau sel-sel kulit terkumpul di folikel rambut yang TERTUTUP.

Ia menghalang oksigen dari proses pengoksidaan minyak.

Berpunca dari kotoran atau sisa2 make up pada muka.

BLACKHEAD pula terjadi bila sebum atau sel-sel kulit terkumpul di folikel rambut yg TERBUKA.

Ia terdedah kepada udara lalu bertukar warna menjadi kuning coklat atau kehitaman.

Selalunya berpunca dari lebihan pengeluaran minyak.
InshaALLAH untuk post akan datang ruby akan kongsikan tips hilangkan whitehead dan blackhead ni ya

No comments: