Thursday, July 12, 2018

Cara Kumpul Mata Drypers

Haiii. Assalamualaikum!

Ruby nak tanya,
Ada tak sesiapa anak anak mommies yang guna lampin pakai buang jenama Drypers ?

Rupanya masih lagi yang tak tahu tentang hal ni. Jadi hari ni ruby nak berkongsi macam mana cara untuk kumpulkan mata ganjaran Drypers dan seterusnya korang layak menebus hadiah menarik yang di tawarkan .

Kenali kod unik
Kod unik adalah bukti pembelian sah yang diperlukan untuk mengumpul mata ganjaran.
Kat mana nak cari kod unik tersebut ?

Di dalam pek Drypers Touch, Drypers Wee Wee Dry, Drypers Drynights dan Drypers Classic anda akan menemuinya di bahagian yang membelangkangi penunjuk Berat/Saiz pada bungkusan pek plastik.

drypers drypants

Bagi pek Drypers Drypantz, korang akan jumpa kat bahagian yang membelangkangi penunjuk Berat/Saiz yang bersebelahan dengan kod bar.

Macam mana nak masukkan kod unik dan kumpul mata ganjaran 

1) Log in kat www.drypers.com.my
Emel & password di perlukan


2) Pilih icon Drypers Point Shop
3) Tekan daftar dan masukkan kod unik


Pastikan point yang terkumpul tu mencukupi dengan hadiah yg hendak di tebus. Berikut antara hadiah yg di tawarkan !
Tebus mata ganjaran drypers

Saya belum menjadi ahli kelab drypers. Macam mana nak mendaftar ?
Daftar Ahli Kelab Drypers Klik sini dan isi butiran yang di perlukan.

Mudah bukan. Semoga membantu!
Penafian : Saya bukan agen jualan Drypers. Sekadar berkongsi info yang saya tahu kepada segelintir ibu mama mummy di luar sana yang masih belum tahu.

Alhamdulillah saya sudah menggunakan jenama Drypers sejak anak pertama sehingga kini anak yang ke 4. Suka dengan kualiti dan pastinya sangat selesa.


2 comments:

Jacky said...

Saya tukar2 petpet & drypers. Xpernah kumpul point, rugi plak rasanya.

AjuyaRashid Agen Shaklee Putra Heights Puchong said...

Kak baru jgk start kumpul. Dari nayli sbb sebelum ni pakai campur2. Kdg bg point kat adik ipar je