Wednesday, August 22, 2018

5 TIPS MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

Haii, Assalamualaikum !
Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam seluruh dunia.

Banyak ke korang dapat daging korban? Ruby dapat 2 plastik, anggaran dalam 3-4kg jugak rasanya. Kat surau apartment ruby tinggal ni korbankan 5 ekor lembu tadi.

Sini ruby nak share cara simpan daging korban yang betul supaya tetap terjaga kualiti nya 😊

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DI SIMPAN

Sebelum di simpan, daging korban jangan dicuci. Jika di cuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya pada hari daging berkenaan hendak di masak pada keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER

Sebelum di simpan kat freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas.

Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal(dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal.

Baarakallah
Semoga memberi manfaat 😊

Ruby 0166696703
Pengedar Sah Shaklee Puchong 


0 comments: