Friday, August 17, 2018

Resepi Popia Carbonara

Siapa yang suka makan popia? Sepp sikit! Tak kisah lah popia nestum ke, popia goreng ke atau popia basah. Semua ruby suka ngap. Kalau bab makanan ni tolak kayu dengan batu ja. Hahaha.

Okay, kali ni ruby nak share RESEPI POPIA CARBONARA. Intinya sama je dengan kita masak kuah carbonara fettuccine. Cuma beza yang ini, kuahnya pekat sebab nak buat inti kan. So, jangan letak air banyak2.

Bahan-bahan terpulang pada kita nak adjust ikut selera ya.

》 Sebiji bawang holland (di potong dadu)
》 1 tin carbonara
》 1 tin cendawan butang(di potong kecil)
》 5 sosej (di potong kecil)

Biasa orang letak isi ayam yang di cincang kecil-kecil. Tapi tadi tak de. Jadi letaklah apa yang ada.

》 Carrot 1biji (di potong dadu/hiris kecil)

Tumislah bawang holland sampai naik bau. Masukkn bahan2 mentah tadi ayam, carrot, sosej dan cendawan sampai betul2 masak. Last sekali masukkan carbonara dan air setengah cawan. Masak hingga pekat.

Garam @ gula ikut citarasa kita kalau nak tambah. Kalau tak nak pun tak pe.

Masukkan inti dalam kulit popia. Balutlah ikut suka. Nak buat panjang, tiga segi macam samosa ke. Lepas tu, goreng dengan api yang perlahan.

Lupa pula, masa nak balut tu ada letak chess. Chess sekeping tu di potong 4 bahagian. Lepas tu, balut sekali dgn inti yang dah dimasak tadi.

Selamat mencuba :)

Ruby 016 6696703
Trusted Seller Since 2013

Pengedar Shaklee Di Puchong, Putra Perdana, Cyberjaya, Taman Mas, Bukit Puchong, Puchong Utama, Nusajaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia.


0 comments: