Monday, October 29, 2018

5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu


5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu
5 Jenis Jerawat
5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu. Rupanya jerawat ada banyak jenis. Ruby pun baru tahu masa menulis entry ni. Ada jerawat biasa dan ada juga jerawat yang teruk sampai menyebabkan keradangan.

Jerawat timbul pada permukaan kulit apabila liang pori tersumbat dengan lebihan minyak (sebum).

Sebum bersama-sama timbunan sel kulit mati serta bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jerawat bukan sahaja membuatkan seseorang hilang keyakinan diri sendiri malah boleh meninggalkan parut hitam.

Lihat sini : KETAHUI 10 PUNCA JERAWAT

Kenali 5 jenis jerawat yang patut korang tahu.

whitehead
whitehead
1) WHITEHEAD (bintik putih)
Terjadi bila sebum/minyak atau sel-sel kulit mati terkumpul pada folikel rambut yang TERTUTUP.

Ia menghalang oksigen dari proses pengoksidaan minyak. Berpunca dari kotoran atau sisa-sisa make up pada muka.

Blackhead
blackhead
2) BLACKHEAD (bintik hitam)
Terjadi bila sebum atau sel-sel kulit terkumpul pada folikel rambut yang TERBUKA.

Ia terdedah kepada udara lalu bertukar warna menjadi kuning coklat atau kehitaman.
Selalunya berpunca dari pengeluaran minyak yang berlebihan.

papula
Papula
3) PAPULA
Jerawat berbentuk benjolan lembut dan kemerah-merahan. Tidak mempunyai puncak kerana belum penuh dengan nanah. Bila papula pecah dan kemungkinan sebum dan bakteria bercampur sekitar kulit tersebut.

Ketika sel-sel darah putih masuk ke kelenjar yang meletus/pecah untuk melawan jangkitan, akan terjadi peradangan. Jika tidak di ubati, papula akan memburuk menjadi pustula.

pustula
pustula
4) PUSTULA
Berbentuk bintik merah yang meradang di bahagian tepi dan muncul dengan punat putih atau kuning yang berisi nanah di bahagian tengah.

Ketika papula tidak di ubati selama beberapa hari, akumulasi sel darah putih secara berperingkat bergerak ke permukaan kulit dan menjadi pustule.

nodul/cyst
nodul/cyst
5) NODUL/CYST
Jerawat yang sampai menimbulkan benjolan dan cyst yang besar di bawah permukaan kulit ini lebih parah daripada jenis sebelumnya. Peradangan umum di temui pada jerawat jenis ini dan juga menyakitkan jika disentuh.

Nodul dan cyst terbentuk ketika sebuah folikel meradang meletus di bawah kulit. Campuran sebum akibat peradangan kemudian tersebar ke seluruh folikel rambut di sekitarnya dan jangkitan pori-pori pun berlaku.

Sebaiknya jangan kerap memegang dan memicit jerawat ini kerana rawatan yang tidak betul dapat mengakibatkan infeksi lebih dalam dan luas,

Malah akan menyebabkan peradangan kulit berpanjangan dan bekas luka yang sulit untuk di hilangkan. Jika di biarkan, jerawat nodul dan cyst ini dapat terbentuk lagi di tempat yang sama. Sebaiknya segera temui doktor kulit.

Apa pun jenis jerawat yang korang hadapi, sangat penting untuk amalkan 2 kaedah iaitu ;

Rawatan dari luar
- Membersihkan wajah dari kotoran.
- Gunakan masker dari bahan alami seperti dah buaya, tomato dan lain lain.
- Gunakan krim jerawat untuk lebih mempercepat proses penghilangan jerawat.
- Kawal stress dan memperbanyak olahraga.
- Gunakan pelembab kulit.

Rawatan dari dalam
- Hindari makanan berlemak, makanan berlemak lebih mudah menimbulkan jerawat kerana menyebabkan kelebihan pengeluaran pada kelenjar minyak.
- Ambil makanan berserat.
- Minum air putih secukupnya.
- Dapatkan waktu tidur yang teratur.
- Ambil vitamin tambahan seperti Vitamin A, C dan E.


Rujukan :
https://www.acne.com/types-of-acne/acne-signs/

Ruby  0166696703
Fb Page Pengedar Sah Shaklee Puchong
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

0 comments: