Tuesday, October 30, 2018

7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut



7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut
7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut
Pelbagai cara dan kaedah yang kita cuba lakukan apabila si jerawat muncul dan menyerang pada kulit wajah.

Jerawat bukan saja meninggalkan bekas parut yang hitam malah memberi kesan emosi di mana seseorang itu akan merasa rendah diri dengan penampilannya.

Masalah kulit seperti jerawat sebenarnya di pengaruhi oleh kelenjar minyak pada kulit, di mana kelenjar ini menghasilkan zat berminyak yang di panggil SEBUM.

Liang pori yang tersumbat dengan lebihan sebum/minyak ini akan membawa sel kulit mati ke permukaan kulit. Dan dengan kehadiran bakteria, maka terjadinya jerawat.

Antara faktor yang menyebabkan jerawat adalah seperti perubahan hormon, air putih yang tidak mencukupi, gaya pemakanan yang tidak sihat serta tekanan yang tidak di urusi dengan baik.

Memakai solekan dan tidak mencuci wajah dengan bersih juga menjadi punca liang pori tersumbat.

Lihat juga : 10 PUNCA JERAWAT
Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar kita juga boleh membantu mengatasi jerawat, sesuai untuk lelaki dan wanita.

1) KUNYIT
Bersifat anti bakteria dan anti-fungus yang boleh membunuh bakteria.

2) LEMON
Asid citric di dalam lemon mampu mengurangkan lebihan sebum/minyak pada liang pori. Ia juga membersihkan kotoran pada kulit muka.

3) BETIK
Mengandungi enzim papain, yang efektif membersihkan kulit. Boleh cuba buat masker betik dan sapukan pada jerawat selama 20 minit setiap hari. Bilas dengan air sejuk.

4) MADU
Jadikan masker madu dengan campuran susu/yourt asli pada kulit berjerawat.

5) CUKA EPAL
Bukan saja boleh membunuh bakteria malah mampu mengawal pengeluaran minyak dan seimbangkan nilai PH kulit.

6) PISANG
Cuci muka sebelum tidur dan cuba letakkan bahagian dalam kulit pisang pada area jerawat. Cuci bersih dengan air suam.

7) MINYAK TEA TREE
Antibakteria di dalam minyak tea tree boleh menghapuskan dan mengawal bakteria. Dap kan minyak dengan lembut pada jerawat menggunakan kapas.

Lihat sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Sekarang korang dah tahu cara untuk atasi jerawat, bolehlah cuba. Bagi yang ada jerawat keradangan yang teruk, di nasihatkan untuk berjumpa doktor.

Ruby  0166696703
Fb Page Pengedar Sah Shaklee Puchong
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

0 comments: