Monday, October 29, 2018

Betul Ke Bakteria Penyebab Jerawat?


Bakteria Penyebab Jerawat?
Bakteria Penyebab Jerawat?
Betul ke kuman atau bakteria boleh menyebabkan jerawat ? Apa agaknya kaitan bakteria dengan jerawat ya.

Semua orang tak kira wanita mahupun lelaki, masing-masing dambakan kulit yang sihat dan cantik bebas dari segala masalah kulit termasuklah jerawat. Betul tak ?

Salah satu punca jerawat singgah pada kulit muka kita adalah kerana jangkitan bakteria.


Propionibacterium acnes
Propionibacterium acnes 
Propionibacterium acnes (P.acnes) merupakan bakteria suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.

P.acnes mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid-asid lemak dan trigliserin yang banyak terdapat di dalam sebum. P.acnes menggunakan sebum ini sebagai sumber tenaga.

Adakah bakteria ini boleh merebak ?

Jawapannya tidak. Walaupun ada jerawat di sebabkan oleh bakteria Propionibacterium Acnes, namun jerawat tidak akan merebak seperti jangkitan oleh bakteria Vibrio Cholerae.

Fakta yang perlu korang tahu, hampir setiap orang memiliki bakteria Propionibacterium Acnes pada kulit mereka, tetapi gabungan dengan faktor lain menyebabkan terbentuknya jerawat.

Jerawat bernanah berpunca dari tindakbalas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.

Macam mana nak atasi bakteria ini ?

Lakukan rawatan pada area kulit berjerawat secara rutin, seperti membersihkan kulit dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hanya gunakan produk kulit wajah yang bebas minyak (oil free).

Selain itu di larang keras untuk memicit jerawat dan elakkan menyentuh muka terlalu kerap.

Minum air putih yang mencukupi di samping mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan sayur serta buahan.

Lihat sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Belajar mengawal stress dan kurangkan memakai makeup atau skincare yang bersifat comedogenic(menyebabkan liang pori tersumbat).

Rujukan :
What is Propionibacterium acneshttp://thescienceofacne.com/what-is-propionobacterium-acnes/ (17 Aug 2013)

Gibbon S.F et al.  2013. Propionibacterium acnesstrain populations in human skin microbiome associated with acne.  Journal of investigative dermatology 133, 2152-2160

0 comments: