Wednesday, October 31, 2018

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Ramai yang dambakan kulit yang sihat dan cantik, bebas daripada segala masalah kulit. Bukan saja wanita yang inginkan kulit licin, malah lelaki pun tak terkecuali juga.

Semua orang mesti ada pengalamannya sendiri, ingat lagi tak kali pertama korang di serang cik jerawat ? Ruby teringat lagi masa zaman sekolah menengah dulu, ada jerawat yang sangat teruk!

Kadang-kadang rasa malu nak masuk kelas dengan muka yang berjerawat siap pakej kulit hitam. Hehe.

Dengan timbunan sel kulit mati pada permukaan kulit, liang pori mula tersumbat dengan lebihan minyak/sebum. Minyak yang terus terperangkap di dalam liang pori mula membesar. Gabungan bakteria bersama-sama dengan minyak dan sel kulit mati akan munculnya jerawat.


Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah jerawat antaranya seperti stress, alahan pada sesuatu makanan, masalah sembelit atau hati yang bertoksin.

Lihat juga : Ketahui 10 Punca Jerawat

Lihat juga : Betul Ke Bakteria Punca Jerawat

Di sini Ruby nak kongsikan bagaimana cara untuk kita mengawal dan mengatasi jerawat.

Rawatan dari luar
1) Membersihkan wajah dari kotoran. Cuci dengan lembut menggunakan pencuci yang bersesuai dan semestinya oil free.


2) Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti betik, tomato, betik dan lain-lain.

3) Gunakan krim jerawat untuk lebih mempercepat proses penghilangan jerawat.

4) Kawal stress dengab baik dan memperbanyakkan aktiviti olahraga.

5) Gunakan pelembab kulit.

Rawatan dari dalam
1) Hindari makanan berlemak dan berminyak, makanan berlemak lebih mudah menimbulkan jerawat kerana menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan pada kelenjar minyak.

2) Ambil makanan berserat.

3) Banyakkan makan buahan dan sayuran.

4) Minum air putih secukupnya.

5) Dapatkan waktu tidur yang teratur.

6) Ambil vitamin tambahan seperti Vitamin A, C dan E.

Selain itu, Ruby juga nak ingatkan supaya

Jangan Memicit Jerawat
Jangan Memicit Jerawat
Jangan Memicit Jerawat
Ruby faham bila naik jerawat, rasa geram je nak picit kan. Tangan gatal nak sentuh-sentuh. Memicit jerawat ni sebenarnya menyebabkan pengeluaran minyak makin bertambah dan jerawat pun akan jadi lebih banyak. Membran di bawah kulit juga senang pecah dan jangkitan bakteria mula merebak apabila jerawat di picit. Senang cita, nak jerawat makin banyak dan teruk, silalah picit!


alat solek non comedogenic
Alat solek non comedogenic
Elakkan Memakai Solekan Yang Tebal
Ramai wanita di luar sana yang mengenakan make up yang tebal bagi menutupi jerawat dan parut pada muka mereka. Sebenarnya tindakan ini tidak bagus, sebaliknya makin mengundang jerawat di sebabkan liang-liang pori telah tersumbat dek make up tersebut.

Jika perlukan juga solekan, Ruby nasihatkan supaya korang guna pakai bahan solekan yang bersifat non comedogenic dan pastikan cuci alatan solek tersebut untuk menjamin kebersihan.


Tukar Sarung Bantal Selalu
Tukar Sarung Bantal Selalu
Tukar Sarung Bantal Selalu
Setiap hari kulit muka dan rambut kita menyentuh bantal yang mana ia boleh mengundang bakteria. Sangat penting untuk kita pastikan bantal dalam keadaan bersih.

Baca juga : 7 Bahan Untuk Rawat Jerawat


Ruby  0166696703
Fb Page Pengedar Sah Shaklee Puchong
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

0 comments: