Sunday, October 28, 2018

Ketahui 10 Punca Jerawat



Ketahui 10 Punca Jerawat

Bila jerawat naik secara tiba-tiba dekat kulit muka, mesti rasa tak best kan. Mulut boleh muncung sampai 3 meter haa. Silap haribulan mood merajuk ke Laut Hindi perginya. Hehe.

Kalau jerawat singgah sekejap dan kecut balik, ok lah kan. Yang jenis jerawat tak pernah surut dan tak kecut-kecut kenapa pula ya?

Paling menakutkan bila si jerawat tu tinggalkan parut-parut hitam! Heee.. malu tau nak berdepan dengan orang sekeliling :(

Lihat sini : 5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu


Ruby pun tak terkecuali. Pernah juga alami situasi ni, di mana jerawat naik dengan suburnya dan teruk sangat. Kalau tak silap masa tu form 2. Agaknya pakai cleanser yang salah. Biasalah, zaman remaja ribena yang tak tahu mana nak pilih apa sesuai dengan kulit.

Okay, sini ruby kongsikan 10 Punca Jerawat :

1. Pengambilan air putih yang tidak mencukupi- badan tidak dapat mengalirkan toksin yg berlebihan.
2. Kerap sembelit - peredaran darah terganggu, toksin berlebihan yang terkumpul menyebabkan jerawat timbul.
3. Jangkitan Bakteria - memicit & menyentuh jerawat boleh mengundang bakteria.
4. Hormon tak seimbang - kalenjar sebum mengeluarkan minyak berlebihan mengakibatkan liang pori tersumbat.
5. Hati yang bertoksin - memaksa hati bekerja keras untuk meneutralkan asid dalam darah.
6. Usus yang kotor 
7. Masa tidur yg tidak teratur dan tidak cukup - sel badan tak dpt berfungsi dgn baik.
8. Alahan pada makanan - mengambil kafein, makanan laut/ jenis bergoreng dan pedas.
9. Pemakaian produk yang salah - kerap bertukar produk/ gunakan produk yang tak sesuai dengan jenis kulit & berunsurkan bahan kimia.
10. penjagaan kulit yang tak rapi.


Macam mana nak atasi masalah jerawat ini ?
  • Elakkan memicit jerawat
  • Kalau boleh kurangkan menyentuh jerawat
  • Minum air kosong yang cukup
  • Amalkan pemakanan dan diet yang seimbang
  • Ambil vitamin tambahan
  • Kawal stress dengan baik
Bagi mereka yang suka bersolek, Ruby nak nasihatkan supaya menukar alat solek dan span setiap 6 bulan sekali serta menggunakan make up atau skincare yang bersifat non comedogenic.

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

0 comments: