Thursday, July 18, 2019

First Giveaway by Anis & Beeha

Hai korang!

Jom kita sama-sama join giveaway blogger Anis dan Beeha ni. Ada 3 hadiah menarik yang di tawarkan. Dan paling best, ada Hadiah Misteri untuk seorang pemenang. Klik banner di bawah ya untuk join.




Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka untuk bloggers yang menetap di Malaysia.

2. Pastikan anda follow blog Beeha Azman dan Anis Nabilah.

3. Sila follow bloglovin dan like fb page Anis Nabilah.

4. Kemudian, follow insta Beeha Azman dan like fb page.

5. Korang juga dialu-alukan untuk klik Adsense (or mana-mana iklan yang appear) di blog Beeha Azman dan Anis Nabilah. Do mention in the comment if you guys clicked the Adsense button. So, kitaorang akan klik kembali button Adsense korang!

6. Setelah selesai step di atas, korang hendaklah post an entry bertajuk First Giveaway by Anis & Beeha. First, copy banner di atas. Kemudian, link kan banner tersebut ke giveaway ini. Promote lah giveaway ni supaya ramai lagi yang menyertai. Setelah publish entry korang, silalah paste entry korang di ruang komen bawah ini.

Mudah je syaratnya. Penyertaan Giveaway ini akan tamat pada 3 August 2019 pada jam 11.59 malam.
Continue Reading

Wajib Tahu! Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari


Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C
Vitamin C berfungsi melindungi sel-sel badan
daripada kerosakan radikal bebas
Badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C kerana sifatnya yang mudah larut air. Maka kita perlulah menggantikan bekalan Vitamin C setiap hari sama ada dengan pemakanan atau pun supplemen.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin C juga tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan Mamalia seperti arnab, lembu dan kucing berupaya menghasilkan vitamin C nya sendiri.


Haiwan Hasilkan Vitamin C
Mamalia mampu menghasilkan Vitamin C dari badan sendiri


Mengapa Kita Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari?

1. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri.

2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).

4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.

5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.


6. Ibu Hamil yang mengalami masalah anemia digalakkan mengambil Vitamin C.



Vitamin C hanya memadai dari buah ?

" Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg Vitamin C. Buah tersebut menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Manakala buah yang tidak ranum, mempunyai Vitamin C yang sedikit.
Kandungan Vitamin C akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. "
Vitamin C
Vitamin C yang terkenal sebagai antioksida semulajadi, mampu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Mereka yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Akibatnya, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada pelbagai penyakit.


Oleh itu, kita haruslah memastikan agar sumber Vitamin C harian kita mencukupi bagi menyokong kesihatan badan.


Baca juga : Kebaikan & Keistimewaan Vitamin C Shaklee



Segala info mahupun pertanyaan tentang Shaklee,
boleh terus klik link pada gambar ya

Continue Reading

Wednesday, July 17, 2019

11 Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung

Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung
Vitamin C Untuk Ibu Hamil
Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang juga dikenali asid askorbik. Bagi Ibu-ibu mengandung, vitamin C sangat penting bagi menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi.


Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung


1. Vitamin C menghasilkan kolagen.
Kolagen adalah komponen penting untuk pembinaan struktur tulang rawan, otot dan tulang bayi. 

- Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan gusi, kulit dan tendon bayi yang sedang terbentuk.

Jadi, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin C setiap hari. Ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen.

2. Vitamin C meningkatkan sistem imun dan membantu badan melawan jangkitan dan virus.
Vitamin C Untuk Ibu Hamil
Vitamin C sangat penting untuk ibu mengandung
dan bayi dalam kandungan

3. Vitamin C merupakan Anti oksidan, yang boleh melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas dan dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh.

4. Vitamin C membantu Ibu Hamil membentuk plasenta yang sihat untuk janin.

5. Vitamin C penting untuk pembaikan tisu badan, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat.

6. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Dengan itu mengurangkankan masalah anemia pada ibu.

7. Vitamin C dapat mengurangkan risiko ibu-ibu mengandung dari terkena jangkitan demam mahupun selsema.

8. Vitamin C boleh membantu menghalang  simptom
pra-eklampsia. (Pra eklampsia adalah proses pengoksidaan ketika hamil)

9. Vitamin C juga berperanan dalam membina zat besi untuk bayi dalam kandungan. Yang akan menyokong pembelajaran dan pertumbuhan mereka bagi 6 bulan pertama.

10. Vitamin C boleh mencantikkan kulit ibu dan bayi

11. Mengatasi sembelit dan pergerakan usus yang mudah bagi si Ibu.

Dos harian Vitamin C dicadangkan oleh American Pregnancy Association bagi wanita mengandung adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia sejenis vitamin yang larut air. 

Namun tidak digalakkan mengambil vitamin C melebihi 2000mg, kerana mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.

Info tentang :
Set Hamil Shaklee

Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari?


Dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, nasihat Ruby eloklah berbincang dengan doktor terlebih dahulu supaya kita lebih faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin ketika hamil.




Promosi Beli Vitamin C Shaklee Percuma Chewable Vitamin C


Sebarang pertanyaan atau pembelian produk Shaklee, boleh terus berhubung Ruby di talian whatsApp 0166696703
atau terus tekan gambar di atas ya :)

Sumber : 
- Dr Zubaidi
- Vitamin C Of Pregnancy
Continue Reading

Sunday, July 14, 2019

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee


Sustained Release Vita C Shaklee
Sustained Release Vita C Shaklee
Vitamin C Shaklee juga di kenali sebagai Sustained Release Vita C Plus. Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh dengan fungsi utama sebagai antioksidan yang baik.

Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh kita.


3 Keistimewaan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus


1) Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung (sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif).

2) Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustained release), yang melepaskan 500mg vitamin C selama lima jam bagi 1 tablet, untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran.

3) Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoid Sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


Baca juga : Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari? 



Manfaat Vitamin C Shaklee

1. Vitamin C untuk Kesihatan

  • Memperbaiki simptom pendarahan (gusi berdarah, lebam di kulit)
  • Meningkatkan sistem imum
  • Mengatasi insomnia/masalah susah tidur
  • Untuk masalah resdung
  • Mengekalkan kolestrol yang sihat
  • Mengekalkan kapilari darah yang sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit gout
  • Menurunkan paras asid urik
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka

2. Vitamin C untuk Kulit

  • Memudarkan parut
  • Mengecilkan liang pori terbuka
  • Mengatasi tona kulit tak sekata
  • Mencegah penghasilan pigmentasi punca jeragat
  • Membentuk kolagen
  • Membaik pulih sel kulit yg mati & rosak
  • Menyerikan kulit
  • Mengurangkan masalah jeragat
  • Mencerah, melembap dan menegangkan kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Memperbaiki kulit kering, berminyak atau bersisik

Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee








Untuk segala pertanyaan atau pembelian produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian whatsApp 016 6696703

Atau boleh terus klik gambar di bawah :)


Continue Reading

Saturday, July 13, 2019

Ciri-Ciri Orang Yang Lalai


Dengar kat Radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu LALAI.  Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda seseorang itu lalai.

Antara Tanda-Tanda Lalai

1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah :
       -  Tidak fokus,
       -  Sering terlupa bilangan rakaat,
       -  Melewatkan solat,
       -  Kurang solat jemaah.

4.   Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta menonton tv.

5.   Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6.   Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.

7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8.   Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.

9.    Tangguh untuk bertaubat.

10.  Malu untuk belajar agama.

11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut :
Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al-Quran.

Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI :
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Punca Dan Sebab Menjadi Lalai

1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dengan orang yg lalai.
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dll.

11 Cara- Cara Menghindarkan Diri Jadi Lalai

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Semoga kita semua memperbaiki diri dari masa ke semasa supaya masa yang kita ada tidak terbuang dengan menjadi orang yang lalai.
Continue Reading

Thursday, July 11, 2019

Cara Mengatasi Penuaan Pada Kulit Wajah

Penuaan kulit berlaku apabila kita mencecah umur 25 tahun ke atas.

Meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit menjadi perlahan. Kolagen dan elastin kulit makin berkurangan. Kulit akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Penuaan Kulit
Kulit mengalami penuaan seiring dengan
peningkatan usia

Antara Tanda-tanda Penuaan Kulit

  • Kulit kusam
  • Kulit nipis
  • Kedutan
  • Hilang keanjalan
  • Kulit kendur
  • Garis halus
  • Kulit kering

Apakah punca yang menyebabkan Penuaan Kulit berlaku ?

  • pencemaran
  • terdedah dengan sinaran UV
  • pemakanan yang tidak sihat
  • stress tak terkawal
  • perubahan hormon
  • kulit kekurangan nutrisi
  • pengambilan air putih yang tak mencukupi
  • tidur yang tak berkualiti
Penuaan Kulit
Penuaan Kulit

Untuk mengelakkan penuaan kulit terjadi terlalu cepat, kita boleh menghindarinya dengan melakukan beberapa langkah berikut:


1) Buat rutin penjagaan kulit yang betul dan lengkap.

2) Pakai sunscreen atau SPF.


3) Elakkan terdedah dengan asap rokok.


4) Amalkan pemakanan seimbang seperti buah dan sayuran.

5) Kawal stress dengan baik. Latih diri untuk bertenang.

6)Ambil air putih secukupnya.

7) Dapatkan kualiti tidur yang betul.


Continue Reading