Wednesday, July 24, 2019

6 Tips Kukuhkan Ingatan Anak-Anak

Ilmu yang baru dipelajari cepat dilupai. Begitulah anak-anak kita biasanya. Baru sahaja ajar dalam kelas, bila buat aktiviti kelas bukan main meriah.

Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian, soalan yang sama keluar peperiksaan, hampir semua jawab salah. Padahal hari tu masa belajar dalam kelas faham sangat dah.


Tips Mengukuhkan Ingatan Anak-Anak
Semua Ibu Bapa Inginkan Anak Yang Pandai Dalam Pelajaran
Bagaimana nak bagi apa yang anak baru pelajari kekal diingatan mereka? Cuba tips berikut ya!

6 Tips Kukuhkan Ingatan Anak-Anak

1- Ilmu yang baru dipelajari hari ini mesti dipanaskan hari ini juga di rumah.

2- Ilmu baru yang dipelajari, walau faham namun tidak disusuli dengan latihan di rumah, akan menjadi ingatan sementara.

3- Ilmu atau pelajaran bila dipanaskan semula ia akan jadi ingatan berkekalan.

Bagaimana kita ibu bapa boleh bantu anak-anak dapatkan ingatan berkekalan ini?

4- Sila pastikan anak buat 4-5 soalan tentang topik yang baru sahaja mereka belajar di sekolah untuk ingatan berkekalan.

5- Latihan tak perlu banyak pun tak apa. Cukup ambil masa 15-30 minit pun dah memadai.

6- Latihan boleh sahaja direka sendiri atau Google sahaja. Contohnya anak belajar topik peratus. Pergi sahaja kat Google, taip 'soalan peratus'. Settle!

Mudah je nak bantu anak sebenarnya. Zaman dah maju. #MFS

Boleh follow Cikgu Korea di Facebook  Mohd Fadli Salleh

Atau

Ikuti channel Telegram beliau  t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik setiap hari.

4 comments:

mamapp said...

tq atas perkongsian.. sgt membantu

Rubiah Kadir said...

@mamapp

Sama-sama MamaPp :)

Syuhaina Atikah said...

Tq sharing, good info awak 😍

Isi Kotak said...

thanks info, menambah ilmu

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)