Monday, July 22, 2019

Kerja Melipat Baju Yang Tak Pernah Habis

Fuhh. Lega!
Rasa bahagia sangat pandangan mata seorang Mak, bila dapat settlekan juga 3 bakul kain yang menggunung.

Cara Melipat Baju
Timbunan Pakaian Dalam Bakul
Sebenarnya semalam dapat lipat 2 bakul je. Lepas tu berhenti, sebab nak buat kerja Pendidikan Seni Arshaad pula. Buat model "Rumah".

Jadi hari ni, Ruby sambung lipat lagi 1 bakul  pakaian yang masih berbaki tu. Isya dan Amsyar punya.

Selalunya sebelum melipat, Ruby akan asingkan dulu baju seluar. Asingkan dalam bakul ikut siapa yang punya. Dan akan lipat ikut bakul pakaian yang mudah di lipat. Contohnya t-shirt, kain batik dan seluar panjang Ruby.

Yang si kakak Isya dan Amsyar punya, saiz pakaian kecik. Jenuh juga nak sudahkan. Itulah yang paling last Ruby lipat. Hahaha.

Nak bagi mudah anak-anak ambil pakaian, Ruby akan lipat, susun dan sekalikan sepasang terus (baju+seluar).

Bila 1 hari tak melipat, 1 bakul. Kalau dah berhari-hari, mahu berbakul-bakul. Biasalah, rakyat jelata Ruby ramai kat rumah ni. Kikiki.

Setiap hari mesti ada pakaian yang kita pakai. Kerja-kerja membasuh, menyidai dan melipat ni akan berterusan dalam kehidupan kita sebagai Ibu. Mohon bertabah dan bersabarlah ya :)

#SimptomMakMak
#KisahMakLipatBaju
#BajuMenggunungBolehBuatMakStress

Rubiah Kadir
Mak kepada 4 orang anak

*Gambar di atas dari Pak Cik Google*

6 comments:

Atul Hamid said...

Bertabahlah hehe

Rubiah Kadir said...

@Atul Hamid

Hehehe ;)

Sunah Sakura said...

kerja melipat baju memang bukan kegemaran orang perempuan...hahahahah

Rubiah Kadir said...

@Sunah Sakura

Hehehe. Nak tak nak. Kena lipat. Kalau lah poket doraemon ada mesin lipat baju, bahagianya hidupku. Hahaha

Amelia said...

oh menarik juga ye asingkan ikut masing2 pnya. senang sikit nk smpan nanti. kita xsuka sidai baju, tp kalau lipat kita suka

Rubiah Kadir said...

@Amelia

Wahh. Suka lipat baju. Good Mummy :)

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)