Saturday, July 20, 2019

Cara Memasang Fungsi Balas Komen Pada Blogspot

Bulan ni Ruby banyak fokus kepada blog. Bertapa di sini dalam misi membersihkan sawang-sawang kat rubiahkadir.com. Bayangkan blog ni macam rumah kita duduk, lama terbiar. Mesti berhabuk berdebu semua dah. Sebelum-sebelum ni Ruby banyak fokus pada Instagram @rubiah_kadir

Ruby tengok blog orang lain ada button REPLY komen tu, kita pun nak. Tak pastilah kenapa blog Ruby tak de button tu. Jadi jakunlah kita ni. Hahaha.
Pasang fungsi balas pada blogspot
Tak dek button untuk reply. Tak boleh nak balas komen di blog Ruby
Mula-mula edit coding tak berjaya. Asyik keluar error je. Naik juling mata tengok segala coding kat skrin laptop :(

Cuba lagi kali kedua. Yes!  Alhamdullilah, akhirnya berjaya jugak pasang fungsi balas komen pada blogku. Bermain-main dengan coding ni memang fun. Tapi kalau silap sikit, habislah.


Tadaa. Lepas bercoding di HTML, dah boleh komen.
Dengan skrin laptop yang macam gitu. Memang menduga kesabaran sungguh. Setompok hitam tu makin lama makin besar nampak gayanya.

Tak pelah, mentor pesan. Guna apa yang ada. Kurangkan mengeluh. Bulan ni Ruby buat entry blog taip kat henpon je. Guna Applikasi Blogger. Berblogwalking pun lebih selesa guna henpon, bagi Rubylah.

Jadi untuk entry, Ruby tak buat kat laptoplah. Sebab tak mau tengok benda hitam tu.
Inilah keadaan skrin laptop Ruby yang sekarang
Pada blogger yang masih belum ada fungsi berbalas komen, boleh follow stepnya di sini ya. Ruby follow Cara Pasang Fungsi Balas Di Blogspot

Terima kasih buat sahabat alam mayaku, blogger Atul Hamid, sudi tolong ajarkan coding ni pada Ruby. Sorang di Perlis, sorang di Selangor. Apa ada hal. Kikiki. Lepas ni dah boleh balas segala komen-komen korang yang supporting datang ke blog Ruby.

Sapa nak belanja kita laptop baru ?
Eeehh ;)

12 comments:

  1. Alhamdulillah. All the best Ruby.

    ReplyDelete
  2. Mesti lega lepas reply kan.. Alhamdulillah membuahkan hasil. Dah follow back blog awak

    ReplyDelete
  3. @Rodiah Amir

    Hehehe ya akak. Lega dapat reply kawan2 yang singgah sini.

    Tq follow Ruby :)

    ReplyDelete
  4. Kalau guna template mesra SEO dah kebanyakan memang tersedia dah button reply tu... Apapun tahniah sebab berjaya dah adakah button tu..

    Saya pula mmg tak sempat nak balas komen kat blog, jadi saya balas dengan kunjung balas komen di entry... :)

    ReplyDelete
  5. @Maria Firdz

    Yang sekarang ni Ruby memang guna template responsive SEO. Tapi tak de button reply dari dulu lagi Kak Maria. Hehehe.

    Tq sudi singgah sini. Berbunga hatiku ;)

    ReplyDelete
  6. Yeah!! Berjaya.. pandai sis edit.. Kalau Sha memang tak reti.. Guna yang sedia ada je..

    ReplyDelete
  7. @Sha Mohamed

    Kawan tolong ajarkan step nya through whatsApp ni Sha. Hehe

    ReplyDelete
  8. Blog mama mmg dah Ada function Ni mungkinnsebqb template kit

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)