Sunday, July 28, 2019

Mainan Budak Sekarang Tak Sama Macam Kita Dulu

Puas dah kut main beyblade. Main yang ni pulak. Lawan batang aiskrim. Main tepuk-tepuk sampai terangkat batang tu. Batang siapa yang duk atas, dia lah yang menang 😆

Yang kiri tu, Abang Asyraaf.
Yang kanan, adiknya Arshaad
Ruby pun buka cerita kat mereka pasal kisah Maknya zaman budak-budak dulu kala. Tak de lagu ni.

Dulu Mak main galah panjang, main masak-masak. Main ting-ting 🙆‍♀️

Ada juga main bola katok (orang bandar panggil apa eh, yang ketuk bola pastu pusing-pusing bulatan).

Bosan yang tu, main baling-baling selipar atau tin (dalam cite Upin Ipin ada). Itu dah kira mainan Mak yang paling sopanlah 😅

Main Ting Ting
Main Ting Ting

Main Lawan Guli
Main lawan guli

Main galah panjang
Main Galah Panjang

Berjalan Guna Tempurung
Berjalan Guna Tempurung
Kadang tu, Mak ikut abang Mak pergi tangkap ikan puyu atau sepat kat baruh. Bukan kadang dah, tapi selalu sangat pergi. Bahagia kut berkubang dalam air. Hahaha.

Tangkap anak berudu dalam longkang pun pernah, adudu. Berudu dengan anak ikan pun tak tahu beza ke Mak ooii 🤭

Senja baru jumpa jalan nak balik. Selagi matahari masih ada. Selagi tu boleh bermain. Balik-balik kena getah paip dengan Ma. Sampai terkencing dalam seluar. Padan muka! Kahkahkah.

Kalau nak listkan semua permainan tradisional yang dulu, memang panjang. Seronok.

Alangkah indahnya zaman Mak yang dulu 💗
Kami tak layan mana tengok tv. Paling koman pun, tengok power rangers dengan doraemon.

Beza dengan budak zaman lani. Zaman alaf baru. Sikit-sikit gajet. Masa mereka habis kat tv, tab atau henpon tu je. Eermmm.

Kita sebagai ibu bapa perlu berusaha alihkan perhatian anak-anak pada benda lain. Yang lebih berfaedah. Banyak yang boleh di buat. Boleh melukis. Mewarna. Main dam ke. Atau apa saja yang membawa kebaikan 😊

Mak Anak 4 💐

17 comments:

Aiman said... REPLY

ianya berevolusi mengikut peredaran masa. yang penting mainannya bukan di telefon dan mainannya juga baik.

Rubiah Kadir said... REPLY

@Aiman

Setuju apa yang Aiman cakap tu. Mainan/perkara yang mendatangkan kebaikan

Julia Johari said... REPLY

Sis Rubiah, wahh bagus berkongsi cerita dgn anak2 sis, permainan tradisional zmn kita dulu mmg menyeronokkan, gadget mmg tak wujud lagi masa tu...kalau ada pun hanya ayah je ada telefon dgn bateri besar kena usung ke mari utk charge hahaha...kenangan betul.

Rubiah Kadir said... REPLY

@Julia Johari

Hehe. Telefon pun canggih2 dah sekarang. Ada yang touch. Ada yang tak de bateri 😂

AZ .Com said... REPLY

Sekarang generasi x, dah x kenal dah permainan dulu2..

SuperMamy Syu said... REPLY

sekarang ni zaman gajet huhu. tapi Syu sampai sekrang masih limit kan aktiviti gajet anak-anak. Syu lebih suka diorang beraktiviti fizikal keluarkan peluh.
done follow juga #136

Rubiah Kadir said... REPLY

@AZ .Com

Tengah bayangkan generasi akan datang 10 tahun. Hehe

Rubiah Kadir said... REPLY

@SuperMamy Syu

Sekurang-kurangkan kita sebagai parents cuba kan Syu.

Betul, aktivit yang keluarkan peluh 😊

Atul Hamid said... REPLY

Ye memang jauh bezanya. Kalau diingatkan zaman dulu memang seronok. Diam-diam terjun tali air, balik memang kena habuanlah. Pastu main masak2, kutipla bunga daun yang ada. haha memang kenangan.

Bola katuk tu namanya Rounders Ruby. hehe

Rubiah Kadir said... REPLY

@Atul Hamid

Dedaun jadikan sayur. Pasir2 tu jadikan nasi/kek. Hahaha.

Owh rounders ;)

Ana Suhana said... REPLY

semua tu kak ana pernah main. main getah, penutup botol, baling selipar semua. rindunya zaman kanak2 dulu. happy je kan.

Mrs. A said... REPLY

Zaman tu permainannya kalau nak bermain kena ada kawan-kawan.
Zaman sekarang sorang-sorang pun jadi itulah salah satu sebab kurang interaksi sesama manusia.

Rubiah Kadir said... REPLY

@Ana Suhana

Kan Kak Ana. Rindu!

Rubiah Kadir said... REPLY

@Mrs. A

Betul kak :)

Sayidah Napisah said... REPLY

main baling selipar pun besttt. riuh betul kalau main tu hahaha.

Rubiah Kadir said... REPLY

@Sayidah Napisah

Hehe. Tahu tak pe. Terjerit jerit. Hahaha

mamilova said... REPLY

follow ajekan janji tak memudaratkan

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)