Monday, August 19, 2019

5 Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Perasan tak, sekarang ni terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan skincare yang buat kita teruja, nampak best. Tapi ada sebahagian daripadanya tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Macam-macam tagline yang digunakan. Sampaikan ada yang sanggup claim produk mereka boleh "putihkan kulit seawal 7 hari". Tak kurang juga, "boleh kurus tanpa perlu berdiet".

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM
Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Elakkan diri sendiri menjadi mangsa. Pesanan Ruby, pastikan periksa status ubat atau kosmetik itu terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya. Samada produk tersebut mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

Kali ini Ruby nak share cara mudah nak semak label produk samada ia selamat digunakan atau tidak.

5 CARA MUDAH SEMAK PRODUK YANG ADA KELULUSAN KKM


http://www.npra.gov.my

#Langkah 1
Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my . NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Boleh menyemak kelulusan produk suplemen dan skincare/kosmetik melalui laman web yang sama.



#Langkah 2
Cari 'Products Search/Carian Produk".

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

#Langkah 3
Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare. Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).


#Langkah 4
Boleh pilih ikut kesesuaian. Pada bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:

Product Name
Notification Number
Holder Name
Manufacturer Name
Importer
Active Ingredient

Contoh Ruby pilih 'Product Name' supaya senang untuk membuat carian.
Masukkan nama produk yang ingin disemak. Ruby guna contoh mudah ialah Shaklee Youth


#Langkah 5
Tekan "Search". Ambil beberapa saat, kemudian keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan.

Produk skincare yang lulus kkm
Produk Skincare Yang Lulus KKM

Semak Produk Supplement Yang Lulus KKM
Produk Supplement Yang Lulus KKM

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM. Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau carilah produk lain yang tersenarai.


Berhati-hatilah dalam pemilihan produk sama ada untuk kesihatan atau penjagaan kulit. Jadilah pembeli yang berilmu. Jangan terlalu obses nak CEPAT CANTIK, nak CEPAT KURUS dalam masa yang singkat, akhirnya memakan diri sendiri. Kongsikan info ini dengan rakan anda supaya sama-sama kita dapat manfaatnya.

22 comments:

Nhazla Fikri said...

Good sangat information ni. Ramai sangat orang beli product bukan kelulusan kkm. Sanggup habiskan duit semata-mata nak rosakkan organ dalaman. Terima kasih sangat share perkara baik ni

Fadzil Ahmad said...

Banyak sangat produk sekarang yang tak ada kkm. Risau pulak . Baru perasan cara yang betul utk check kkm . Sekarang kalau nk beli apa2, elok check dkt website dahulu. Baru beli

mek yunie said...

haa senang. ni duk tny seller. cuba check sendiri untuk kepastian. kan. bagus info ni.

adianiez AIDA said...

tq for sharing ni.
penting utk tahu. sendiri cek. konfiden, kan.
jgn terpedaya.
guna / makan produk tiruan byk bahaya nyer!

Mahamahu said...

Good bagus ada info macam ni kerana apa sebab terlalu ramai yang mudah percaya pada produk luar tiada kelulusan ni memang bagus tapi ada kesan sampingan yang kita tak tahu.. Harap ramai blogger tak terpedaya dengan iklan produk yang tiada KKM ni sebab itu satu tanggungjawab sebagai seorang penulis...

Bella Jamal said...

Betul tu. Kena semak produk berdaftar atau tidak dengan KKM especially produk kosmetik yang kita rasa tak yakin. Sesetnagh tu claimed ada KKM approved tapi takdak. Naya je.

MaisarahSidi said...

Betul sangat tu. Kena cari produk yang ada kelulusan KKM, barulah selamat nak guna. Tapi tulah.. masih ramai yang tak ambil peduli tentang ni. Main pakai je produk entah apa-apa. Bila dah mula ada perubahan negatif, baru nak sedar.

www.maisarahsidi.com

Mama aiman said...

Informasi yg sangat berguna..dah senang la nad nak cek klu bli produk sebab boleh tau produk nie ade pgesahan kkm atau x..thanks sharing..

Rawlins GLAM said...

Bagus perkongsian sebegini bagi memudahkan rakyat Malaysia yang terlampau percayakan pelbagai produk yang ada di pasaran tu. Bagi Rawlins - penting sangat dapat kelulusan nie - kalau tak, sesia je sakit bagai lepas ambil produk kan.

Nadia Johari said...

betul, sebelum beli kene cek dulu barang tu ade kelulusan kkm ke tak..lagi uabtan, kosmetik semua la..kita taknak pakai barang yang takde kkm..takt bhaya dekat kulit muka kita

cindy said...

wow thanks for the tips...tak pernah i check pulak....next time will check

AyuArjuna BiGoshh said...

Kelulusan kkm mmg sangat penting. Akk selalu kalau nak beli brg yg melibatkan produk penjagaan muka dan badan
Mmg kena semak status dulu

mrsliez said...

sekarang dah mudah nak check produk-produk. dulu ye la nak kena call bagai.. sekarang semua dihujung jari. tak ada alasan kata tak tahu kan.. tapi if boleh jangan la guna produk yang meragukan.. sbb muka klau dah rosak susah nak baik..

Mohd Zarin said...

Terima kasih untuk tips ni. Kita memang perlu tahu dan pastikan kelulusan KKM tu ada barulah kita boleh pakai produk tu. Bukan main pakai je, nanti memudaratkan diri kita sendiri

Aerill Hassan said...

Terima kasih atas info yg sangat berguna. Sememangnya sekarang ni sangat perlu untuk kita kenal pasti segala produk yg ada.

hayati suki said...

info yang sangat berguna la ruby..keep it up :-)

nurul aqidah azahar said...

bagus info ni. Senang la lepas ni kalau nak beli produk apa2 semak dulu kelulusan die. Banyak dah produk sekarang ni terjual di pasaran tapi takde kelulusan

AhmadiKatu.com said...

Bila baca perkongsian akak Rubiah kali ni teringat dulu bila setup bisnes kat Miri. Sorang2 pergi berjumpa dengan bahagian kesihatan sebelum layak untuk memohon lesen perniagaan.

Waktu tu mendapat autoriti untuk monopoli pasaran Sarawak Utara hingga ke Negara Brunie bagi produk kesihatan Olive House Malaysia. Banyak prosuder yang kena diikuti sebab walaupun produk Olive House ni diambil dari beberapa negara, still perlu mendapatkan pengesahan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga tau.

Salah satu yang diajar secara face to face adalah menggunakan website NPRA ini la..Lucu juga coz mereka tetap ajar cara nak check produk kesihatan termasuklah kosmetik.

Pengalaman yang best bila teringat semula doktor berbangsa cina tu mengajar saya guna NPRA web base system mereka. haha..

apa pun kak thanks dengan posting ni, buatkan saya teringat pengalaman sewaktu berniaga di Miri dulu..

la ni da kembali ke negeri asal Beaufort, Sabah untuk setup perniagaan lain pula.

Rubiah Kadir said...

@AhmadiKatu.com

Owh Cikgu Mad dari sana ke. Hehe.

Apa² pun yang bisnes yang diceburi sekarang, semoga sukses ya. InshaAllah. Rajin Usaha pasti Allah bantu.

Ivy Kam said...

I did not know about this… thanks for the sharing… now I can check myself if the product is safe or not online, so easy…

Wawa Ashihara said...

Samalah wawa pun selalu check dahulu sebelum nak beli ke apa.. Sebab kadang2 ada founder x dftr kkm tp kata dah dftar.. Sabar jelah.. Huhu...

mamapp said...

good info

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)