Friday, August 23, 2019

Kecilkan Pori Muka Dengan 4 Bahan Mudah Di Dapur

Liang pori  memainkan  peranan  penting  dalam  membantu  kulit  kita  kekal  terhidrasi. Selain  itu,  ia  juga  membuang  toksin  dari  kulit  dan  menyerap  nutrisi  dari  luar.


Laing Pori Besar
Liang Pori Besar

Kat  rumah  kita  boleh  guna  4  bahan  paling  mudah dan  jimat  poket  untuk  mengecilkan  saiz  pori  muka.

Bahan-bahan :

  • Putih  telur
  • Limau  nipis
  • Madu
  • Kanji  jagung

Putih  Telur

Ada kandungan protein dan albumin yang tinggi. Kulit lebih kencang anjal, lebihan minyak dalam pori akan diserap.

Putih telur
Putih Telur


Limau  Nipis

Membawa 22% kandungan Vitamin C.  Kira tinggi tu nak banding dengan zat lain dalam limau nipis sendiri. Tak hairan kenapa bila tambah limau nipis, saiz pori lebih nampak halus dan kulit jadi sekata.


Limau nipis
Perahan Air Limau Nipis

Sebab  Vitamin C  ni akan galakkan kolagen baru terhasil. Kolagen  akan menambah kekenyalan kulit,  membuatkan saiz pori kurang untuk menjadi lebih renggang.

Kalau nak tahu, salah satu punca pori jadi besar ialah bila kulit hilang elastik. So memang penting sangat Vitamin C pada kulit.


Madu

Akan menambah  kelembapan kulit,  bersifat anti bakteria, sekaligus dapat elakkan kulit hilang lembapan asli.


Madu
Madu
Kulit lembap, akan kurang berminyak. Kurang berminyak bermakna pori takkan membesar dan kelenjar minyak takkan bekerja keras keluarkan minyak berlebihan untuk sokong lembapan kulit.


Kanji  Jagung

Sebagai tambahan untuk kurangkan allergi pada kulit. Kebanyakan kanji jagung diguna dalam produk kosmetik termasuk yang berjenama besar macam Laurier Mercier.

Sebab kanji jagung ni dia bersifat soothing atau menenangkan, sebagai agen pemekat dalam produk.


Kanji Jagung
Kanji Jagung

Kan dulu mak atau nenek kita bila masa kita budak -budak bila naik gatal-gatal kat kulit, cepat je diorang bancuh tepung kanji nak kurangkan radang gatal kat kulit kan. Kejap saja gatal merah tu kering.


So 4 bahan tadi campurkan semua dan sapu kat muka. Jika nak pekat, boleh tambah lagi kanji jagung.

Dalam 15 minit, bilas dengan air biasa. Memang korang akan rasa kulit kurang berminyak, tekstur kulit juga lebih licin.


Masker untuk kecilkan pori muka
Masker Untuk Kecilkan Pori Muka

Siap semua, korang pakai rutin skincare macam biasa, pakai serum dan pelembap supaya kulit tak jadi kering.

Boleh amalkan 1 -2 kali dalam seminggu. Nak cantik, haruslah rajin.

Korang boleh #Share terus untuk rujukan, tag kawan atau orang tersayang. Semoga info ni berguna dan makin bermanfaat kepada orang lain.

#PetuaFyzaShah

20 comments:

Ana Suhana said...

Mudah cara nak kecikkan liang pori tu rupanya. Bahan2 pula semua yang sedia ada dekat dapur kan.seminggu 2x je pun. Nak.cantik kena lah rajin kan ruby.

Tengkubutang said...

wahh.. dah lama tak buat facial muka sendiri guna bahan alami kat rumah.. heheh.. sebelum ni buat masker guna tisu dan telur putih je.. ni boleh la try guna bahan-bahan ni utnuk kecilkan pori muka pulak

khalisah hazrina said...

Thank you so much ruby share pasal pori ni sebab memang tengah nak tolong husband kecilkan pori muka dia.

Dilah said...

Senangnya.. boleh buat sendiri kat rumah.. bahan pun semua ada kat rumah.. boleh la buat facial sendiri lepas ni..

Ezna said...

Mudahnya nak sediakan. Bahan pun senang dapat. Kalau rajin boleh cuba buat sendiri je kat rumah. Tak payah le nak beli produk kat pasaran tu haaa...

budakbandunglaici said...

senangnya nak kecilkan pori guna bahan kat dapur je. yang penting tak ada bahan kimia ya. cara buat pun mudah boleh pakai setiap minggu. dulu waktu zaman study BBL selalu jugak sapu putih telur kat rumah tuk hilangkan blackhead

Marina Bashah said...

Dulu rajinla amalkan petua ni. Sekarang dah beranak tiga. Kerajinan dah berkurangan. Hihi

Eiza GreenAppleKu said...

Nak cantik haruslah berdisiplinkan Rubi. Bahan-bahan semulajadi ni memang best. Eiza dulu suka pakai bedak sejuk perah sedikit limau nipis.

Fadzil Ahmad said...

Rupanya ni petua orang2 tua dulu ye. Sapu macam bedak sejuk ye. Selama ni tak tahu keperluan kecilkan ruang puri. Lepas ni kena jaga selalu la kulit ni

Yaya Azura said...

Mudah je cara nak membuat..antara rajin dengan tak je kan. Nak kulit cantik kena lah rajin. Bahan-bahan pun mudah. Tq atas petua.

adianiez AIDA said...

ruby. done folo ur blog. lama da singgah sini, baru perasan lom folo :)

bagus la. mana2 yg x berbajet, boleh guna bahan alami gini.
nak 1000 daya, kan. kalau malas jugak, hmmmm ntah la.
dari bahan alami ni lah lahir produk terbaik semua tu.

iffah208 said...

Kadang2 mmg rajin guna barang yang sedia ada didapur. Contoh timun dan tomato wat masker.. Guna limau tu biasa gak buat,tapi tulah.. Selalu tahap kemalasan tu tinggi nak yg mudah sahaja. Moga dtg kerajinan tq tips..

Decamellia said...

Lamanya tak buat diy facial kat rumah. Budget minimum kesan maximum tau! Meh laa ruby buatkan nur hehehehe

Siti Awadah said...

bestnya kalau dpt spend time buat diy facial kat rumah.. lama dh x buat mcm ni.. nnti nk try la.. tq share

Farhana Jafri said...

semua bahan ni ada dekat dapur, boleh try buat masker sebab muka pun ada masalah liang pori besar jugak. Thanks kak rubi share masker ni.

mamapp said...

mudah saja.. bolehlah cuba nanti tq for sharing ruby

LizzaBella said...

Ya, bella suka pakai ais je hahaha. Tak pernah lagi cuba ingredient2 yg lain tu. Nak try la hujung minggu ni mana tau berhasil untuk pori2 muka Bella ni

Hanny Abdullh said...

Wahhh jimatlah kalau cam ni. Ambik aja bahan yg dh ada kat dpur dn buat sendiri. Nanti sis nak.cuba lah. Tq atas perkongsian ya

miedaJaz said...

wah...menjimatkan..hanya guna benda2 yang ada kat dapur jer..bolelah k mid mencubanya.

Mahamahu said...

Mungkin juga cara ini boleh dikomersialkan untuk guna kat SPA di Malaysia kerana ia lebih sihat dan juga lebih mudah nak dapat serta paling penting selamat dari guna bahan kimia kan hurmmm good idea..

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)