Thursday, August 22, 2019

Abang Asyraaf Tanam Kangkung Dalam Bekas

Biji benih kangkung yang Abang Asyraaf semai, dah keluar daunnya 💗

Selain suka melukis, ni lah hobi dia. Suka sangat bab-bab menanam.

Tanam Pokok Kangkung Dalam Bekas
Pokok Kangkung

Kunyit, bawang, serai, cili kat dapur Mak, dia jadikan bahan ekperimen. Semua benda nak di tanam 🤣

Ada yang hidup,
Ada yang tak hidup-hidup.

Tanam lagi dan lagi. Tak pernah putus asa. Tanya Mak pasal itu ini. Mak jawab mana yang tahu je Nakk 😊

Abang Asyraaf
Ini lah orangnya, Anak Sulongku. Asyraaf

Abang Asyraaf, sekarang darjah 3. Seorang yang lemah lembut. Sifat rajinnya tu terserlah sejak dia berumur 5 tahun lagi. Suka tolong Mak buat kerja-kerja rumah. Basuh pinggan mangkuk, angkat baju kat ampaian, mengemas barang-barang yang adiknya sepahkan.

Semoga Abang jadi anak yang soleh. Aamiin 🤲😊

1 comments:

mamapp said...

semoga menjadi pokok2 abang asyraf tentu lagi seronok bila dapat rasa hasilnya

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)