Thursday, August 15, 2019

Agar Agar Santan Gula Merah

Beli dekat kedai, tak cukup kalau setakat Rm5. Anak pulak ramai, hahaha. Buat tadi seloyang. Barulah puas hati tengok anak-anak makan.

Ada yang panggil agar-agar lumut, ada juga yang sebut agar-agar santan. Apapun namanya, yang penting rasa dia. Yang Ruby buat ni versi gula merah/melaka.

Bila masuk mulut, terasa manis-manis lemak gituu. Makan pula sejuk-sejuk, masa baru dikeluarkan dari peti ais, fuhh nikmatnyaaa 😋

Agar Agar Gula Melaka
Agar Agar Santan Gula Melaka
Kalau korang tak gemar yang ni, boleh juga cuba yang hijau tu. Guna daun pandan. Kena blender dan tapis air pandannya.

Disini Ruby sertakan resepinya ya.

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH

Bahan untuk membuat agar agar gula merah
Bahan untuk membuat agar agar santan gula merah
Sumber imej : Google

Bahan-Bahan :
• Agar-agar tali (15gram | sepaket)

• 1400ml air

• 1 kotak santan 200ml

• 1 ketul gula merah (Ruby guna yang jenis batang tu)

• Gula (boleh tambah jika nak manis lagi)

• Telur sebiji

• Garam secubit

• Sehelai daun pandan (nak bagi wangi,tak letak pun tak pe)

Cara Membuat :

1. Satukan agar-agar tadi bersama dengan air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar tersebut larut.

2. Masukkan gula, gula merah dan daun pandan. Biarkan larut dan mendidih.

3. Di dalam bekas yang lain, pecahkan telur. Masukkan santan dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.

Buang dahulu daun pandan tadi.

4. Kemudian masukkan adunan santan pula ke dalam periuk yang berisi adunan agar-agar tersebut. Biarkan mendidih lebih kurang 1 minit.

5. Tuang ke dalam loyang bersih dan biar ianya keras.

Selamat mencuba! 😄

23 comments:

norhidana said...

akak suka sgt agar2 santan nih, yg coklat atau pandan mmg feveret... tp tak pernah cuba buat sendiri... tkt tak jadia, nnti kecewa

Rubiah Kadir said...

@norhidana

Mudah buatnya kak. Cuba buat. Praktis. Usaha tangga kejayaan 😊

Aahh kak, yang hijau pun sedapppp 😋

shima jelani said...

Baru lepas makan puding ini, rakan seopis bagi tapi tak puas. Nanti nak cuba buat sendiri plak 😊😊

adianiez AIDA said...

seriously, aida x pernah buat agar2 tau.
dadih. puding. koktel. tu semua biasa buat.
agar2 ni sebab anak2 x brape makan.
tu yg kalau aida jumpa agar2 sebegini kat kenduri ke, pasar mlm ke, pasti beli.
berdua la dgn asben makan.
aida sgt suka agar2 sirap yg otai tu, kaler merah menyala tu, ruby.

LizzaBella said...

Wah bestnya. Bella suka makan ni tapi kalau nak buat sendiri tu setahun tak sekali hahaha. Tapi betul juga, kalau ada anak2 suka baik buat sendiri. Duit pun saving dan anak2 pun happy dapat rasa hasil air tangan ibu sendiri. Hmm hujung minggu ni bella nak cuba buat lah!

Fadzil Ahmad said...

Terliur pulak tengok kuih yang ada gula melaka ni. Konfirm manis cair di mulut 😋😋. Boleh la share this article to family. Fevret ni selalu beli di kedai je

cre8tone said...

i like to eat agar agar.. especially in gula merah.. looks so yummy and nice.. drolling!

Decamellia said...

Ruby, nak tanya. Kalau santan ganti susu cair boleh tak?

Muhammad Naim Abdullah said...

Sudah lama Naim tak makan agar-agar ini. Semoga lepas ini boleh try resipi ini. Terima kasih sudi share resipi

Mahamahu said...

Ala kenap keluar resipi ni kita dah nak cuba hehehe memang suka agar-agar senang nak buat dan juga sedap hehehehe nanti boleh lah kita cuba dan ubah sikit-sikit boleh tak....

budakbandunglaici said...

la senang sangat resepi ni. selalu kalu pergi pasar malam beli agar-agar ni. letak dalam peti ais kejap pastu makan dengan aiskrim vanila. pergh sejuk je anak tekak. boleh la BBL cuba buat sekali nanti

ummizarra said...

Laaaaa simple je resepinya erk. Nora suka agar2 ni. Selama ni tau maka je. Bila nak mkn suh mak buatkan. Nanti nak cubalah buat sendiri. Tq sharing resepi.

Aerill Hassan said...

Mmg sedap pun agar2 ni. Saya kalau beli di pasar malam mesti rasa mcm tak cukup. Nak kena buat sendiri lah lepas ni. Haha. Terima kasih utk resepi ya.

mek yunie said...

senang ajo rupenya. buat je malaih. hihi. anak anak mek suka gak dengan agar agar santan ni. tp mek je yg tk prnh belajar nk buat. ni ad resepi depan mata, mohon ambik ye.

Cik Matahariku said...

salam sis:) feveret saya ni agar-agar gula merah santan! thanks dtg blog saya, now i follow u sis:)

Mama aiman said...

My peberet nie..agar2 santan gula merah.klu balik umah my mil, msti die buat..sedapnye makan time sejuk

Siti Awadah said...

tq utk resepi ni.. lama dah tak makan agar agar yg mcm gini.. nnti boleh cuba masak guna resepi kat sni pulak.. panas panas makan agar2 sejuk.. best!!

Bonda Chanteq said...

Agar2 yg ni laaa bonda selalu kegagalan...hahahahaha....payah betul nk dpt santan dia 1/2 dari gula merah tu...astik nipis jaa santan nya....kali ni boleh cuba lg dgn resepi ni...

Izaramli said...

ala sedapnya agar-agar. nanti nak buat la. resepi pun senang je ni. boleh la buat minum petang or sarapan dengan family. Iza suka agar-agar ni.

Alia Farhan said...

Suka jugak makan agar2 santan ni.. Sebab sedap kan lemak2 gitu.. Letak dlm chiller.. Fuhh sedapnyaa

AyuArjuna BiGoshh said...

feveret kita ni..ingat nak cuba juga...tak sangka mudaj jer nak buat nya....kalau minum petang2 memang nikmat apatah lagi kalau kita yang buat sendri

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Agar2 santan Gula merah mmg sedap tp kak xpernah buat beli aja lgpun kat umah anak2 kak xbrp suka mkn agar2

Mouse Mommy Treats said...

Agar-agar tu memang kanak-kanak suka kan. Satu loyang pun blh habis makan ni. Terima kasih mama kongsi resipi ni :)

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)