Saturday, September 14, 2019

Bagaimana Anggur Muscadine Bertukar Ke Vivix?

Antara 8000 jenis anggur didunia,  Anggur Muscadine  merupakan salah satu daripada anggur terbesar dan paling jarang didapati. Buahnya boleh mencapai saiz sebesar bola golf, kulit yang tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian para saintis di Shaklee untuk dijadikan ia dalam bentuk minuman yang sihat, iaitu VIVIX!


Bagaimana Anggur Muscadine Bertukar Ke Vivix
Bagaimana Anggur Muscadine Bertukar Ke Vivix?


Vivix adalah minuman botani lazat yang mengandungi  campuran botani  khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, Lobak Unggu dan Anggur Muscadine.




Dari pertanian sehingga proses pengesktrakan dan pembotolan, Shaklee melakukan pemilihan dan pemprosesan yang sangat teliti untuk memastikan anda hanya mendapat produk yang berkualti tinggi.

Mari Ruby kongsikan dengan anda, bagaimana Shaklee menukarkan Anggur Muscadine kepada Vivix.


Bagaimana Anggur Muscadine Bertukar Ke Vivix?


#Tumbuh Di Georgia



Shaklee telah menugaskan Paulk Vineyards di Georgia, kebun terbesar di dunia, untuk menanam anggur Muscadine yang berkuasa. Pertama kali ditanam pada tahun 1970, keluarga Paulk telah menanam anggur pertama lebih 600 ekar tanah menghasilkan Muscadine yang sihat dan segar pada hari ini.

Hujan atau panas, penjagaan terhebat dan sentuhan lembut telah diberikan kepada Muscadine, menjadikan anggur yang dicari-cari dalam industri ini.



#Penjagaan Terbaik dan Sentuhan Lembut dari Ladang Anggur



Dipetik dengan tangan, Anggur Muscadine yang berharga ini telah melalui penjagaan rapi dengan penuh perhatian oleh petani di Paulk Vineyards. Setiap anggur dijaga rapi, dipilih dan diasingkan untuk memberikan anda kepekatan paling tinggi dengan nutrien yang penuh kebaikan.



#Tradisi Memenuhi Inovasi



Anggur Muscadine kami diperah "whole-press" dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa dan nutrien yang bermanfaat dengan polifenol yang maksimum.

Dengan tradisi pertanian yang digabungkan dengan teknologi moden Shaklee, anda akan dapat menikmati yang terbaik dari alam semulajadi dan sains dalam bentuk minuman botani yang selamat, terbukti dan berkesan.





#Komited Untuk Kualiti



Untuk mendapatkan polifenol dan kebaikan nutrien yang maksimum, kami mempunyai Pusat Inovasi Forrest C.Shaklee yang menempatkan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee yang bekerja siang dan malam untuk mengawasi dan seterusnya menyempurnakan proses tersebut supaya anda mendapat kebaikan nutrisi terbaik dari produk kami.


Sebarang pertanyaan atau belian produk Vivix, boleh hubungi Ruby di talian WhatsApp  016 6696703  ya.

Continue Reading

Friday, September 13, 2019

Jalan-Jalan Di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Isnin lepas, kan ada cuti umum sempena Hari Keputeraan Agong. Tak tahu nak ke mana. Nak ke Port Dickson lagi, ermm rasa macam malas pulak. Jadinya, kami decide bawak anak-anak ke Bukit Melawati.

Dari Puchong nak ke sana, jauh jugaklah. Dalam sejam lebih. Tapi tak apalah, bukan selalu.

Dah sampai tempat yang nak di tuju, kami cari tempat parking kereta. Nak naik ke atas bukit, perlu naik kereta api yang disediakan. Sebelum tu, kena beli tiket dulu kat kaunter.

Untuk dewasa, Rm3. Untuk kanak-kanak pulak, Rm2 je. Murah kan. Yang si kecik Amsyar, tak kena tiket. Umur dia 2 tahun lebih.

Dalam perjalanan nak ke atas bukit tu, Ruby sempatlah tengok perigi beracun yang digunakan oleh pemerintahan raja dulu untuk hukum mereka yang buat kesalahan.

Nanti kereta api akan turunkan penumpang kat atas bukit. Kat situ ada muzium sejarah, rumah api, ada meriam. Sini banyak sangat monyettttt. Huhu.


Sempat lagi selfie sebelum train bergerak, hahaha





Susahnya aii nak tangkap gambar 4 beradik ni.
Kira ni yang paling elok kat mata Mak. Ni depan Rumah Api


Rumah Api kat atas Bukit Melawati


Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor


Muzium ni ber-aircond. Syookk. Sambil baca kisah sejarah dulu-dulu, boleh tengok barang peninggalan zaman institusi diraja. Duit syiling, pakaian mereka, tempayan, seterika yang gunakan arang, pedang, keris, contoh replika kapal pun ada kat situ.


3 hero Mak selfie kat meriam lama. Macam-macam gaya


Ni anak perempuan Ruby, Isya. Boleh pulak dia duk lagu tu ek

Gambar-gambar pengunjung yang beri makan pada monyet kat bukit tu, Ruby tak de ambil. Duk perhati anak-anak. Takut jugak kena gigit ke apa kan. Hehe. Ruby memang takut nak dekat dengan monyet tu, jadinya duk diam je, tak banyak bergerak bila tengok yang lain seronok bagi makan pada haiwan tu.

Nak balik dan turun bukit semula, tunggu jelah kereta api datang ambil kat tempat yang sama masa sampai tadi.

Sebab masih awal lagu, Ruby sekeluarga pun teruskan perjalanan dari Bukit Melawati ke Sekinchan.

Haa, siapa pernah tengok dan pernah makan benda ni? ๐Ÿ™‹‍♀️

Nama dia "Mentarang".

Mentarang
Mentarang

Ruby beli ni dekat tepi jalan besar di Sekinchan masa otw balik Ke Puchong.

Mula-mula berhenti nak beli jagung rebus je. Tiba-tiba ternampak pulak mentarang ada dijual sekali, belilah sekilo.

Ruby beli hat mentah. Dapat dalam 20 ketui.

Ada jugak yang dah siap dibakar, RM30/kg. Makcik tu cakap, sedap cicah dengan kicap.

Sampai rumah dalam pukul 10 malam gitu, bersihkan mentarang tu dan bakar. Ruby cicah dengan sos.

Rasa dia lemak-lemak. Manis. Bagi Ruby, sedapp ๐Ÿ˜‹

Isi kat dalam dia lebih kurang macam Lala jugak.

Tapi tapiiiii,
Ku ingatkan sekilo dah cukup dah. Ingatkan isi dia banyak, sekali dah masak. Bukak, rupanya secoet jaa ๐Ÿ˜

Ruby ada up pasal ni di FB, kawan-kawan ada yang bagi komen. Kata mereka, Mentarang ni sedap masak lemak cili api, tumis sambal merah, tumis sambal hijau, bakar, rebus macam kerang pun boleh, semua sedap!

Alhamdulillah. Dah lama teringin nak makan. Akhirnya dapat jua, yeayy ๐Ÿ˜„
Continue Reading

Wednesday, September 11, 2019

Youth Restoring Eye Treatment : Kebaikan, Keistimewaan, Bahan Utama & Harga

Youth Restoring Eye Treatment adalah produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi untuk masalah mata letih, kering atau sembap.

Youth Restoring Eye Treatment Cream
Youth Restoring Eye Treatment

Untuk kawasan sekitar mata, kita tak boleh menggunakan krim yang sama dengan apa yang kita guna pada kawasan wajah yang lain kerana kawasan sekitar mata adalah lebih nipis.

Mata menjadi tumpuan utama apabila kita melihat wajah seseorang, betul tak? Di situ juga boleh nampak tanda penuaan. Penampilan mata juga menunjukkan keadaan kesihatan keseluruhan kita.

Oleh itu, boleh ikhtiar dengan menggunakan krim mata supaya mata kita kekal segar!


Youth Restoring Eye Treatment Terbukti Berkesan

YOUTH Restoring Eye Treatment Untul Dark Circle
Ada dark circle? Cubalah krim mata Shaklee ini.

Dengan penggunaan krim mata Shaklee selama 28 hari sebanyak 2 kali sehari, terbukti secara klinikal dapat mengurangkan ;
  • Garis halus
  • Kedutan
  • Garis pada tepi mata
  • Sembap mata
  • Lingkaran hitam

Kesan boleh dirasai seaawal 7 hari. Dengan adanya Peptide Blend yang unik (gabungan asid amino di dalam Restoring Eye Treatment ini).


Kebaikan Youth Restoring Eye Treatment


Kebaikan YOUTH Restoring Eye Treatment
Kebaikan Youth Restoring Eye Treatment
Mengembalikan, Menyegarkan & Mengurangkan


1.  Mengembalikan

- Peptide Blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen.

- Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit.

- Menyerap sehingga 1000x beratnya didalam air untuk melembapkan dan mata kekal segar.


2.  Mengurangkan

Kedutan, garis halus, sembap mata, lingkaran hitam dan kedutan di sisi luar lipatan mata dapat dikurangkan.


3.  Menyegarkan

Cooling tip merangsang peredaran mikro untuk ;

- Mengekalkan mata yang segar.

- Mengurangkan kemerahan di bawah mata.

- Mengurangkan mata yang sembap.



Kandungan Bahan Utama Dalam Youth Restoring Eye Treatment


Youth Restoring Eye Treatment dirumus khas dari bahan pelembap dan anti penuaan yang kuat serta botani. Ditambah pula dengan cooling tip yang unik untuk menyegar dan memberikan tenaga pada kawasan mata dengan urutan lembut.

Bahan Utama Dalam Youth Restoring Eye Treatment
Bahan Utama Dalam Youth Restoring Eye Treatment

  • Peptide Blend - Sokong penghasilan kolagen dan cepatkan pembaharuan sel.
  • Lotus Japonicus + Schisandra Chinensis Fruit Extract - Sokong penghasilan kolagen, elastin, fibrillin. Bantu memberi lebih banyak tenaga kepada kulit secara berstruktur.
  •  Licorice Extract - Mencerahkan kulit bawah mata untuk mengurangkan lingkaran hitam.
  •  Cooling tips - Meningkatkan peredaran mikro untuk mengurangkan kemerahan dan sembap mata.
  •  Hyaluronic Asid - Menghidrat dengan mengekalkan air pada kulit. Menyerap sehingga 1000x beratnya di dalam air untuk melembapkan.
  •  Vital Repair + Muscadine Grape - Bantu mengurangkan kesan radikal bebas, dengan melindungi sel DNA, melindungi kerosakan kolagen dan elastin.


Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment


Keliru dengan bermacam jenis produk krim mata di pasaran? Mari Ruby kongsikan apa yang istimewaanya krim mata Shaklee ni.

Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment
Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment
  • 100% Vegan
  • Bebas Gluten
  • Diuji oleh Ahli Dermatologi
  • Bebas kekejaman
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Formulasi tanpa 1500 bahan merbahaya
  • Kesan seawal 7 hari
  • 100% wanita terbukti secara klinikal memiliki kulit kelihatan lebih muda


2 Cara Penggunaan Youth Eye Treatment


#  Dengan Cooling Tip
Picit tiub untuk mengeluarkan sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Guna cooling tip untuk merata dan mengurut produk pada kawasan mata.

#  Dengan Jari dan Cooling Tips
Picit tiub untuk mengeluarkan sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Gunakan jari manis anda, titik produk pada kawasan mata yang hendak dirawat dan guna cooling tip untuk merata dan mengurut produk pada kawasan mata.


Cara Penggunaan Youth Restoring Eye Treatment
Cara Penggunaan Youth Restoring Eye Treatment


Bila perlu digunakan?
Selepas  Youth Perfecting Skin Toner  dan sebelum produk rawatan lain.

Dimana perlu digunakan?
Sapukan produk diatas kelopak mata dan kawasan tulang kering dan dibawah mata sepanjang orbit tulang ke sudut luar kawasan mata - merawat garis ekpresi kedutan disisi luar lipatan mata.


Berapa Harga Youth Restoring Eye Treatment?

Kod Produk : 14111
Harga Produk :  RM 242.75

Untuk penggunaan selama 60 hari.

Lihat juga :




Segala pertanyaan, info mahupun belian produk-produk Shaklee, bolehlah berhubung dengan Ruby di talian WhatsApp 016 6696703.
Continue Reading

Sunday, September 8, 2019

Testimoni Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

Korang ada masalah eyebag dan mata panda tak? Kalau ada, kita geng. Hehe ๐Ÿค“

Eina memang ada masalah eyebag dan mata panda yang agak teruk sejak dulu lagi. Ia akan nampak lebih jelas, especially kalau tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Eina pun selalu juga tidur lewat malam. So memang agak susahlah nak hilang ๐Ÿ˜ฌ

Youth Restoring Eye Treatment Shaklee
Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

Pernah pakai macam-macam eye cream sebelum ni, tapi progressnya sangatlah slow, even dah pakai lama dan konsisten pun tak ada perubahan.

So, bila Youth Skincare dari Shaklee keluarkan eye treatment ni, Eina agak excited nak cuba. Bertambah excited selepas lihat hasil dari pengguna-pengguna lain yang sangat mengagumkan tu. ๐Ÿ˜Š

Ok, ini dia testimoni Eina sendiri selepas 10 hari menggunakan Youth Eye Treatment. Eina memang konsisten guna setiap hari iaitu waktu pagi dan juga malam sebelum tidur.

Testimoni Youth Restoring Eye Treatment Shaklee
Testimoni Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

Hasilnya, eyebag dan mata panda dah kurang. Bertambah best lagi, bila garis-garis halus di sekitar mata pun nampak kurang.

Sekarang ni, even tidur lewat sekalipun, tak ada lah nampak eyebag tu teruk sangat. Sangat puas hati ok ๐Ÿ˜

Kebaikan Youth Restoring Eye Treatment
Kebaikan Youth Restoring Eye Treatment


Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment Shaklee
Keistimewaan Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

So, kalau korang tak jumpa lagi eye cream yang berkesan, silalah cuba Youth Restoring Eye Treatment ni. InsyaAllah dalam masa 7 hari dah boleh nampak dah kesannya ๐Ÿ˜‰

Testimoni asal dari Kak Eina Md Ali


Segala pertanyaan, info mahupun belian produk-produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian berikut  WHATSAPP DISINI  atau klik saja dibawah


Continue Reading

Saturday, September 7, 2019

Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

Ramai wanita yang beranggapan penggunaan  toner  itu tidak penting. Begitu juga dengan Ruby. Sebelum ni Ruby ingatkan dengan mencuci muka saja, kulit dah cukup bersih. Rupanya tidak! Bila Ruby apply toner, fuhhh. Masih ada lagi kotoran pada kapas muka tersebut.

Sebab tu toner sangat-sangat penting, ia bertindak sebagai langkah tambahan bagi pembersihan berganda. Toner digunakan untuk menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka.

Berikut Ruby kongsikan 6 sebab kenapa perlu menggunakan toner, antaranya ;

  • Mengecilkan liang pori - Toner menutup kembali liang pori yang terbuka selepas proses mencuci muka. Liang pori yang besar boleh menjadi punca kepada whitehead, blackhead dan juga jerawat
  • Mengimbangkan PH kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Menyuburkan
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Memberi kulit lapisan kelembapan tambahan


Review Ruby mengenai Toner Muka Shaklee

Selepas menggunakan Youth Perfecting Skin Toner ni, yang Ruby perasan kulit muka dah tak kusam. Yeayy! Rasa segar dan sejuk je tiap kali guna. Bukan setakat jadi pelembap untuk kulit muka kita, malah toner muka Shaklee ni juga boleh jadi double cleansing tau.

Part yang paling best, selepas beberapa minggu guna Perfecting Skin Toner, pori-pori di tepi bahagian tepi hidung dah mula mengecil. Rasa macam ada rama-rama menari dalam hati ๐Ÿฅฐ


Youth Perfecting Skin Toner Shaklee
Youth Perfecting Skin Toner Shaklee


Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee


1.  Membersihkan sel kulit mati ( ada exfoliating effect )

2.  Meremajakan dan menyuburkan kulit

3.  Menghidratkan kulit

4.  Kulit rasa bersih

5.  Menyegarkan kulit tanpa rasa ketat dan kering

6.  Membekalkan nutrisi kepada kulit

7.  Menghalang kolagen dan elastin daripada kerosakan

8.  Mengurangkan tekanan oksidatif pada kulit dan memberi kesan melegakan


Kandungan aktif botanikal ;

-  Anggur Muscadine
-  Vital Repair Complex
-  Alga Hijau
-  Ekstrak Yis


Siapa yang boleh guna?

Mereka yang berkulit normal, kulit kering, kulit berjerawat mahupun yang ada jeragat.


Memakai Toner Pada Kulit Muka
Memakai Toner Pada Kulit Muka

Cara Penggunaan Youth Perfecting Skin Toner Yang Betul

Gunakan toner selepas membersihkan muka. Tuang sedikit toner pada kapas muka dan sapukan ia secara perlahan-lahan ke seluruh muka. 

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan beberapa titisan toner tersebut ke dalam tapak tangan dan dap dap kat kawasan muka kita.

Guna toner pada waktu siang dan malam.


Berapa Harga?

Harga Runcit       :   RM 200
Saiz kandungan  :   177 ml

Tempoh penggunaan : Tahan lama, ikut pengalaman Ruby sendiri boleh guna sehingga 6-7 bulan. Bergantung pada kegunaan masing-masing. Kalau tuang banyak, cepatlah habis  ๐Ÿ˜‚


Toner Muka Shaklee Lulus KKM
Toner Muka Shaklee Lulus KKM


Toner Muka Shaklee ni bebas alkohol. Dihasilkan 100% vegan. Ia juga selamat digunakan dan lulus KKM.


Ketahui juga tentang :  5 Cara Mudah Semak Produk Yang Lulus KKM


Kesimpulannya, korang wajib konsisten gunakan toner setiap hari untuk kulit yang sihat, segar dan cantik!


Sebarang pertanyaan atau belian YOUTH skincare serta produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Ruby di talian   WhatsApp Disini 016 6696703  atau klik saja gambar di bawah ya.





Continue Reading

Friday, September 6, 2019

4 Testimoni Nutriferon Shaklee

Nutriferon Shaklee diformulasikan untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.

Ia dengan pantas mengaktifkan perisai semulajadi, memberikan pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.

Baca info lanjut mengenai Nutriferon, klik di sini

Nutriferon Granules Shaklee : Kandungan, Keistimewaan, Fungsi Dan Harga

Berikut adalah mereka-mereka yang telah merasai kesan positif daripada penggunaan Nutriferon.

Testimoni Nutriferon Shaklee


Testimoni Nutriferon HFMD
Puan Sofia - Diri sendiri dan anaknya kena HFMD



Testimoni Nutriferon Diarrhoea
Puan Syikin - Masalah Diarrhoea, Nutriferon beri kesan positif


Testimoni Nutriferon Sebagai Protection
Puan Mahfuzah - Bawa Nutriferon sebagai travel kit.
Protection untuk anak-anak.


Testimoni Nutriferon Denggi
Puan Syahida - Ambil Nutriferon ketika Denggi sangat membantu


Segala pertanyaan, info mahupun belian produk-produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian  WhatsApp Disini 016 6696703
Continue Reading

Rezeki Kurma Busuk

Kurma
Buah Kurma

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.

Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur. Alhamdulillah. Kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab jatuh miskin!

MasyaAllah...hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk syurga dulu.

Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun. Subhanallah. Perancangan Allah itu memang paling terbaik.

Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi, yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki ๐Ÿงก

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat.

We plan,
but Allah has also planned everything for us.

If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya.

*copypastedarigrouptele*
Continue Reading

Thursday, September 5, 2019

5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka

Memakai toner pada kulit adalah sama pentingnya dengan pembersih. Bertindak sebagai langkah tambahan untuk pembersihan, toner digunakan untuk menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka.

Mungkin selama ni kita tidak mengetahui apakah kebaikan toner untuk kulit muka. Mari Ruby kongsikan bagaimana kita boleh memanfaatkan kebaikan toner tersebut.

5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka
5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka

#1  Menyegarkan Kulit

Ketika cuaca panas, tiada apa yang dapat mengalahkan minuman yang sejuk dan menyegarkan.

Begitu juga dengan kulit kita. Apabila kita memerlukan penyejuk, masukkan toner ke dalam peti sejuk selama 10minit.

Kemudian tuangkan sedikit ke atas pad kapas dan sapukannya. Rawatan pendinginan segera dan menyegarkan di rumah!


Menyembur Toner Pada Kulit Muka
Sumber dari Google
Menyembur Toner Pada Kulit Muka


#2  Semburan Wajah Buatan Sendiri

Pasang penutup semburan pada toner, dan semburkan ia pada bila-bila masa, di mana jua, terutamanya apabila kita mula merasakan kulit letih atau kusam.

Mengandungi ramuan berkhasiat, ia berfungsi sebagai pilihan sepanjang hari untuk kulit kekal segar dan terhidrat.


#3  Untuk Leher Dan Bahagian Dada Serta Bahu Yang Lebih Berseri

Leher, bahagian dada dan bahu juga memerlukan penjagaan yang rapi dan cara terbaik dengan menggunakan toner.

Tingkatkan penggunaan toner pada leher dan dada untuk membersih, menghidrat dan menyuburkan kulit di kawasan ini, kerana ia merupakan bahagian anggota badan yang menunjukkan tanda-tanda  penuaan  yang pertama.


#4  Bertindak Sebagai Pembersih Sel Kulit Mati Dan Pembersih Solekan Ringan

Bergantung kepada penggunaan, sesetengah toner ada bahan pengelupasan untuk membersihkan sel-sel kulit yang mati dan pencemaran persekitaran (debu, asap) untuk menyerlahkan keserian kulit.

Ada juga toner yang bertindak sebagai pembersih solekan ringan, di mana ia membersihkan solekan yang tidak dapat dibersihkan semasa proses mencuci muka.

Jadi, cari dan pilih toner yang memberi kebaikan kedua-duanya sekali!


Toner mampu menghidratkan kulit
Toner bukan saja menyegar dan menyuburkan kulit,
malah turut menghidratkan kulit


#5  Melindungi daripada Kehilangan Kelembapan

Selain membersihkan sel kulit mati dan menyuburkan kulit,

Toner juga "mencegah kehilangan kelembapan" dengan memberikan kulit kita lapisan kelembapan tambahan.

Di Korea, terdapat 1 kaedah yang dipanggil 7 kaedah pelembapan kulit, di mana 7 lapisan toner ditampal dan dilapis untuk tujuan penghidratan.

Walau bagaimanapun, kaedah seperti ini tidak perlu. Hanya pilih toner atau penyegar semulajadi, yang berkesan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan memberikan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.


Kesimpulannya, korang wajib konsisten gunakan toner setiap hari untuk kulit yang sihat, segar dan cantik!


Ketahui juga tentang  :  Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee


Sebarang pertanyaan atau belian YOUTH skincare serta produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Ruby di talian   WhatsApp Disini 016 6696703  atau klik saja gambar di bawah ya.



Continue Reading

Wednesday, September 4, 2019

14 Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee

Vivix mengungguli carta No 1 daripada TOP 10 produk Shaklee yang paling laris dijual. Jadi kali ini, Ruby nak berkongsi 14 FAQ atau soalan lazim tentang Vivix.

14 FAQ Tentang Vivix Shaklee
14 FAQ Tentang Vivix Shaklee

Soalan 1 : Apa itu Vivix ?

Jawapan : Minuman botani lazat yang mengandungi  campuran botani  Anggur Muscadine, Ekstrak Elderberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.


Soalan 2 : Apakah yang membuatkan minuman Vivix ini berbeza dengan produk yang lain ?

Jawapan : Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan buah anggur muscadine - salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat pada anggur lain.

Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.


Soalan 3 : Siapakah yang boleh minum Vivix ini ?

Jawapan : Vivix direka khas untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.


Soalan 4 : Berapa banyak Vivix boleh diambil setiap hari ?

Jawapan : 1 sudu teh sehari.


Soalan 5 : Apa yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur yang lain ?

Jawapan : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan.

Anggur Muscadine Dalam Vivix Shaklee

Tidak seperti anggur yang lain, Anggur Muscadine mempunyau kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya, profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kamarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau, sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.


Soalan 6 : Apa itu Polifenol ?

Jawapan : Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semulajadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayuran yang mempunyai manfaat Antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap sel penuaan. Malah penemuan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.

Kebaikan Polifenol
Kebaikan Polifenol


Soalan 7 : Bilakah saya harus mengambil Vivix ?

Jawapan : Ambil Vivix setiap hari. Sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan dahulu sebelum mengambil hidangan yang disyorkan 1 sudu teh setiap hari.


Soalan 8 : Bolehkah saya mengambil lebih 1 sudu teh Vivix sehari ?

Jawapan : Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan 1 sudu teh sehari.


Soalan 9 : Bolehkah saya ambil Vivix bersama supplement Shaklee yang lain ?

Jawapan : Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix akan diambil bersama Vitalea Iron Plus, B Complex, dan Omega Guars untuk melengkapkan keperluan pemakanan harian anda.

Penggunaan semua nutrien penting ini bersama-sama polifenol dalam Vivix, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.


Soalan 10 : Adakah terdapat langkah berjaga-jaga ?

Jawapan : Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada dibawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit, atau yang mengambil preskripsi ubat terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan profesional mereka.


Soalan 11 : Adakah Vivix mengandungi Alkohol ?

Jawapan : Vivix tidak mengandungi alkohol


Soalan 12 : Adakah Vivix disahkan halal ?

Jawapan : Ya, Vivix diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh JAKIM.


Soalan 13 : Adakah Vivix didaftarkan dibawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan ?

Jawapan : Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD)


Soalan 14 : Kenapa perlu saya simpan Vivix didalam peti sejuk selepas dibuka ?

Jawapan : Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.


Sumber Info : Master Amir dari Maestro


Sebarang pertanyaan, info mahupun belian berkaitan produk-produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian  WhatsApp Disini  atau klik saja pada gambar





Continue Reading

Tuesday, September 3, 2019

Promosi Shaklee September 2019

Sepanjang bulan September ini, terdapat 4 promosi istimewa yang Shaklee tawarkan. Jom kita lihat satu persatu apa yang menarik :)

Promosi Shaklee September 2019
Promosi Shaklee September 2019

1. Promosi Nutriferon Granules (Immune Booster)


Nutriferon Shaklee
Promosi September 2019 : Nutriferon Shaklee


Terdapat 2 promosi ;

#Beli twinpack (2 kotak) dapat Diskaun 5%

Harga runcit RM 380
Anda cuma perlu bayar RM 361. Jimat RM19!

#Beli 4 twinpack (8 kotak) dapat Diskaun 5 % dan PERCUMA sekotak lagi Nutriferon.

Harga runcit RM 1444.00
Anda cuma perlu bayar RM 1155.20. (Terus layak menikmati Harga Ahli)

Dengan pembelian ini, anda juga layak menerima :

-  Untung runcit                             RM284.80
-  Percuma sekotak Nutriferon   RM190
-  Bonus tunai                                RM 88
-  Jimat Postage                           RM 10
-  Jimat Membership                   RM 65

TOTAL PENJIMATAN  :  RM  637.80


Lihat juga mengenai :  


2. Promosi Youth Perfect Pair ( Moisture Lock Day Cream + Moisturizer SPF 50 )


Promosi Youth Perfect Pair
Promosi September 2019 : Youth Perfect Pair

Harga Runcit Youth Perfect Pair : RM373.75

Jimat RM80!

Produk terbaru daru Shaklee - Moisture Lock Day Cream. Mula dijual pada 1 September, khas untuk kulit yang dehydrated (kurang air).

Sesuai untuk siapa ?

1. Orang Muda - kulit biasanya banyak minyak tetapi kurang air

2. Orang Berusia - kulit biasanya kurang minyak dan kurang air


Kelebihan Moisture Lock Day Cream
  • 100% berasaskan tumbuhan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pewangi
  • Tiada paraben
  • Bebas 1500 bahan kimia berbahaya
  • Di uji oleh Pakar Dermatologist (pakar kulit) dan Pakar Ophthalmologist (pakar mata)

Youth Moisture Lock Day Cream
Youth Moisture Lock Day Cream

Menghilangkan kulit yang kering dan menggantikan dengan penghidratan

- mengunci kelembapan
- penghidratan yang mendalam dan mengekalkan kelembapan
- melembutkan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kering


3. Promosi Youth Mask

Mask ini membantu menangani masalah kulit sambil menawarkan nutrient yang bermanfaat kepada kulit supaya kelihatan lebih muda jelita.

Didatangkan dengan 2 jenis Mask iaitu ;
- Purifying Clay Mask (warna hitam)
- Hydrating Gel Mask (warna gold)

Youth Mask Shaklee
Youth Mask Shaklee

Dengan pembelian Set Youth Mask (mana-mana 2 mask) pada harga RM 297, anda juga layak menerima PERCUMA :

✔ 1 Beg organza
✔ 1 Facial Brush
✔ 1 Mask Usage Guide


Baca juga tentang :  Kebaikan Youth Mask Shaklee


4.  Promosi Jom Shaklee

Khas untuk Ahli Baru sahaja. Ada 3 set yang Shaklee tawarkan. Semuanya akan dapat FREE MEMBERSHIP dan menikmati harga jimat 10% dari harga Ahli sedia ada!

Boleh pilih sama ada Twinpack Vivix, Youth Starter Set atau Daily Essential Set.

Twinpack Vivix
Twinpack Vivix


Daily Essential Set
Daily Essential Set


Youth Starter Set

Apa yang Kelebihan Promosi ini?
Ahli baru akan dapat penjimatan berganda

1. Diskaun 10% dari harga Ahli
2. Boleh dapat cash rebate (RM) sehingga 11%
3. Percuma membership bernilai RM65
4. Percuma penghantaran bernilai RM10
5. Percuma Paper Bag
6. Dapat Full UV (point)
7. Boleh redeem dalam masa 60 hari

Segala pertanyaan, info produk atau pembelian. Boleh berhubung dengan Ruby di talian WhatsApp Disini 
Continue Reading

Nutriferon Granules Shaklee (Kandungan, Keistimewaan, Fungsi & Harga)

Nutriferon Granules Shaklee
Nutriferon Granules Shaklee

Nutriferon Granules Shaklee diformulasikan untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.

Ia dengan pantas mengaktifkan perisai semulajadi, memberikan pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.


Bahan-bahan yang terkandung dalam Nutriferon


Campuran proprietari 4 ekstrak tumbuhan yang tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.
  • Biji labu  - Merangsang interferon semulajadi dalam tubuh
  • Biji platango  - Ada polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Bunga safflower - Memperkuat keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman
  • Bunga Japanese Honeysuckle  - Menentang pencerobohan virus dan kuman

4 Bahan Utama Dalam Nutriferon Shaklee
4 bahan utama dalam Nutriferon Shaklee

Tahukah Anda? Nutriferon Granules adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee.

Keistimewaan Nutriferon Shaklee


Penemuan Dr Kojima
Nutriferon Granules Shaklee adalah hasil daripada penyelidikan dan penghasilan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Pada tahun1970, Dr Yasuhiko Kojima ahli imunologi terkenal dunia bersama rakan-rakan penyelidiknya, menyaring, menguji dan menilai lebih daripada 200 ramuan yang berbeza.

Pencipta Nutriferon Shaklee
Master Nadiah bersama Dr.Yasuhiko Kojima
(Pencipta Nuriferon Shaklee)

Akhirnya, selama 40 tahun kajian, gabungan 4 bahan botani yang berasal dari biji lambu, bunga safflower, biji platango dan bunga japanese honeysuckle dipilih untuk campuran Nutriferon Granules kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Dipatenkan
  • Terbukti secara klinikal

Fungsi Utama Nutriferon

  1. Mengukuhkan sistem imun badan
  2. Melindungi diri dari virus Influenza
  3. Meringankan stress dan kelesuan
  4. Melambatkan penuaan
  5. Membantu proses menopause
  6. Mengawal tahap kolestrol dengan baik
  7. Mengurangkan simptom akibat PMS
  8. Meningkatkan penghasilan interferon
  9. Mengurangkan infeksi

Siapa yang perlu mengambil Nutriferon ?

  • Mereka yang sering pening kepala, demam dan sakit
  • Mereka yang kerap ke luar negara
  • Mereka yang selalu stress dan lesu
  • Mereka yang ada alergik, ekzema atau gatal-gatal
  • Ibu menyusu, yang mempunyai anak yang masalah ekzema dan sering sakit
  • Mengalami denggi

Lihat juga mereka yang telah merasai kesan positif : 


Fakta Nutrisi Nutriferon

1 sachet = 1.2 gram granul

Fakta Nutrisi Nutriferon Shaklee

KKLIU 0025/2019
MAL 18106092TCR

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.


Harga Nutriferon Shaklee

RM 190.00 sekotak. Mengandungi 30 sachet.

Cara Penggunaan :
Untuk orang dewasa sahaja. Ambil 1 sachet granul, sekali sehari selepas makan. Larutkan sepenuhnya granul dalam segelas air sejuk atau air panas. 

Oleh kerana granul menyerap kelembapan dengan mudah, sila gunakannya sebaik sahaja dibuka.


Sebarang pertanyaan, info mahupun belian produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian  WhatsApp Disini  atau klik sahaja gambar dibawah.




Continue Reading