Friday, September 13, 2019

Jalan-Jalan Di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Isnin lepas, kan ada cuti umum sempena Hari Keputeraan Agong. Tak tahu nak ke mana. Nak ke Port Dickson lagi, ermm rasa macam malas pulak. Jadinya, kami decide bawak anak-anak ke Bukit Melawati.

Dari Puchong nak ke sana, jauh jugaklah. Dalam sejam lebih. Tapi tak apalah, bukan selalu.

Dah sampai tempat yang nak di tuju, kami cari tempat parking kereta. Nak naik ke atas bukit, perlu naik kereta api yang disediakan. Sebelum tu, kena beli tiket dulu kat kaunter.

Untuk dewasa, Rm3. Untuk kanak-kanak pulak, Rm2 je. Murah kan. Yang si kecik Amsyar, tak kena tiket. Umur dia 2 tahun lebih.

Dalam perjalanan nak ke atas bukit tu, Ruby sempatlah tengok perigi beracun yang digunakan oleh pemerintahan raja dulu untuk hukum mereka yang buat kesalahan.

Nanti kereta api akan turunkan penumpang kat atas bukit. Kat situ ada muzium sejarah, rumah api, ada meriam. Sini banyak sangat monyettttt. Huhu.


Sempat lagi selfie sebelum train bergerak, hahaha





Susahnya aii nak tangkap gambar 4 beradik ni.
Kira ni yang paling elok kat mata Mak. Ni depan Rumah Api


Rumah Api kat atas Bukit Melawati


Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor


Muzium ni ber-aircond. Syookk. Sambil baca kisah sejarah dulu-dulu, boleh tengok barang peninggalan zaman institusi diraja. Duit syiling, pakaian mereka, tempayan, seterika yang gunakan arang, pedang, keris, contoh replika kapal pun ada kat situ.


3 hero Mak selfie kat meriam lama. Macam-macam gaya


Ni anak perempuan Ruby, Isya. Boleh pulak dia duk lagu tu ek

Gambar-gambar pengunjung yang beri makan pada monyet kat bukit tu, Ruby tak de ambil. Duk perhati anak-anak. Takut jugak kena gigit ke apa kan. Hehe. Ruby memang takut nak dekat dengan monyet tu, jadinya duk diam je, tak banyak bergerak bila tengok yang lain seronok bagi makan pada haiwan tu.

Nak balik dan turun bukit semula, tunggu jelah kereta api datang ambil kat tempat yang sama masa sampai tadi.

Sebab masih awal lagu, Ruby sekeluarga pun teruskan perjalanan dari Bukit Melawati ke Sekinchan.

Haa, siapa pernah tengok dan pernah makan benda ni? 🙋‍♀️

Nama dia "Mentarang".

Mentarang
Mentarang

Ruby beli ni dekat tepi jalan besar di Sekinchan masa otw balik Ke Puchong.

Mula-mula berhenti nak beli jagung rebus je. Tiba-tiba ternampak pulak mentarang ada dijual sekali, belilah sekilo.

Ruby beli hat mentah. Dapat dalam 20 ketui.

Ada jugak yang dah siap dibakar, RM30/kg. Makcik tu cakap, sedap cicah dengan kicap.

Sampai rumah dalam pukul 10 malam gitu, bersihkan mentarang tu dan bakar. Ruby cicah dengan sos.

Rasa dia lemak-lemak. Manis. Bagi Ruby, sedapp 😋

Isi kat dalam dia lebih kurang macam Lala jugak.

Tapi tapiiiii,
Ku ingatkan sekilo dah cukup dah. Ingatkan isi dia banyak, sekali dah masak. Bukak, rupanya secoet jaa 😁

Ruby ada up pasal ni di FB, kawan-kawan ada yang bagi komen. Kata mereka, Mentarang ni sedap masak lemak cili api, tumis sambal merah, tumis sambal hijau, bakar, rebus macam kerang pun boleh, semua sedap!

Alhamdulillah. Dah lama teringin nak makan. Akhirnya dapat jua, yeayy 😄

1 comments:

Atul Hamid said...

Syoknya jalan-jalan. rehatkan minda.

Mentarang sedapnya. Paling best masak tumis cabai. buat pedas sikit, letak daun limau purut & serai. pasti jadi lagi sedap rasanya

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)