Wednesday, November 13, 2019

Throwback : Kenangan Zaman Sekolah Menengah

Ruby plan nak mengemas pakaian dalam almari sendiri. Nak asingkan baju kurung, blouse, kemeja, skirt labuh, seluar dan pakaian harian. Banyak yang tak guna. Ruby fikir, baik sedekah kat orang, ada juga faedahnya dari duk kat almari tu jadi pekasam. Hehehe.


Kenangan Zaman Sekolah Menengah
Throwback Zaman Sekolah

Tengah selongkar satu persatu barang dalam tu, terjumpa 1 box gambar sekolah dulu-dulu punya. Dalam banyak-banyak gambar, rasa nak tergelak bila tengok yang satu ni. Hahaha. Kebetulan anak-anak ada sekali, Ruby pun hulurlah gambar ni.

"Cuba teka Mak yang mana satu" 😅

Anak-anak kejap tengok gambar,
Kejap tengok Mak nya.

Berkali-kali tengok sebelum bagi jawapan.

Depa jawab "Mana ada Mak dalam ni" 👨‍👧‍👦

Cubalah tengok betul-betul. Ada tu. Paling hujung sekali, belah kanan tu haa.

Dari kiri : Aunty Zeehan, Aunty Ema, Aunty Nora, Aunty Anisah & Mak.

Sekali depa cakap,
"Nape muka Mak macam India??"

Mak. Grrrrr 🙄 🙄. Bertapisnya ayat korang ekk.

Sebenarnya nak kata Mak ni terlebih hitam kan, kan 😌

Gambar masa ni Ruby form 2, memang hitam macam dayang senandung. Kulit pun berbelang. (Masa tu Mak rajin memanah, masuk acara sukan sekolah)

Ecece, ayat sedapkan hati sendiri. Padahal kulit asal memang tak putih mana. Aahaakss 🤣

Rajin tepek faix & lovelxxx pun tak putih-putih Mak masa tu 😝

Walaupun sekarang ni Mak tak delah cerah mana, tapi skin Mak dah banyak improve sejak consume vitamin #Shaklee dan guna #YouthSkincare

Kulit dah tak kering,

Gatal-gatal pada kulit sebab alergik pun tak de 💜

#throwbackZamanSekolah
#rinduSekolahTasek
#rindukawankawan

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)