Friday, December 20, 2019

5 Sebab Kenapa Perlukan Kolagen

Sebut saja tentang kolagen, kita mesti terfikir kolagen ni hanya untuk kulit. Sebenarnya tidak. Jaringan kolagen adalah struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran, uterus, otot jantung dan tisu penghubung. 1/3 daripada tubuh manusia sendiri adalah kolagen.

Ketahui kenapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen yang optimum dan kenapa kita perlu bermula hari ini.


5 Sebab Kenapa Perlukan Kolagen

Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Kulit
Kolagen Untuk Kecantikan Kulit

1. Kolagen Adalah Bahan Utama Untuk Kulit Yang Kukuh

30% protein dalam badan adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit menjadi lebih kuat.

Pendedahan terhadap pelbagai faktor termasuk umur, boleh menyebabkan kulit beransur-ansur hilang keanjalan.

Ambil supplemen kolagen dalam menu supplemen harian anda supaya anda boleh katakan tidak pada kulit melendut dan berkedut.



Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Sendi
Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan sendi, ia memainkan peranan penting untuk sokong sendi yang lebih fleksibel.

Kolagen kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon, dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif.



Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Rambut Kuku
Kolagen Untuk Rambut Dan Kuku

3. Kolagen Membantu Untuk Rambut Dan Kuku Yang Sihat

Rambut dan Kuku memerlukan kolagen untuk mendapat kekuatan. Ciri-ciri antioksidannya bantu melawan radikal bebas yang menyebabkan rambut beruban dan kuku menjadi rapuh.

Apabila badan ada kolagen yang mencukupi, ia dapat menghantar nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur kuk, supaya dapat tumbuh dengan sihat, memberikan rambut berkilat dan kuku yang kuat.



Kenapa Perlukan Kolagen - Kolagen Menyusut
Kolagen Menyusut Setiap Tahun Selepas Umur 20 Tahun

4. Ohh tidak! Kolagen Berkurangan Setiap Tahun

Menurut Pembantu Profesor Dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmestik dan Pusat Kesihatan Kulit,
Selepas umur 20 tahun, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini punca kepada garis halus, kedutan, kulit kering serta kusam. Untuk mengurangkan kesan ini, anda perlu mula mengambil kolagen sekarang!


Kenapa Perlukan Kolagen
Kolagen rosak disebabkan sinar UV, bahan kimia dan pencemaran

5. Kolagen Rosak Setiap Hari 

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya, sinar UV dan juga pengambilan makanan mencetuskan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kolagen mulai rosak.

Pendedahan yang berterusan kepada pencemaran ini dalam jangka masa panjang memberikan kesan buruk kepada kulit kita. Dan kita tidak boleh mengelakkan dari pencemaran ini dan juga sinar UV.

Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mula mengambil kolagen secara harian supaya penghasilan kolagen di tahap optimum.


Baca juga :

4 Tips Memilih Kolagen Terbaik

Collagen Plus Powder Shaklee

8 Testimoni Collagen Plus Powder Shaklee

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)