Thursday, January 30, 2020

Jari Kelingking Kena Jahit

Hampir 2 minggu jugak Ruby tak update apa-apa dekat socmed lepas kejadian tempoh hari. Sedikit sebanyak apa yang berlaku tu, mencalar emosiku sebagai seorang Ibu.

Jumaat lepas(17haribulan), lebih kurang dalam pukul 3 petang. Tiba-tiba dapat mesej dari seseorang yang nombornya tak dikenali. Bila bukak, ouhh rupanya cikgu kelas Arshaad. Anak kedua Ruby.

Jari kelingking kena jahit
Kesian anak Mak

Ruby rasa tak sedap hati, berdebar-debar pun ada. Ruby tanyalah cikgu "kenapa Cikgu?" , "anak saya ada buat salah ke kat sekolah?". Tak sabar nak tahu kenapa cikgu mesej.

Cikgu pun send gambar jari kelingking belah kanan yang berdarah. Darah menitik tak berhenti cikgu bagitau. Luka dalam.

"Saya nak bawak anak Puan ke klinik". Cikgu meminta izin.

Allahuuuu, Mak rasa nak nangis dah. Bawak ke klinik, kena 2 jahitan 🤮

Sampai kat rumah Ruby soal siasat.

"Cikgu tak de. Ada orang tolak adik, Mak. Adik nak hampar sejadah nak solat zohor masa tu. Kawan tolak, terkena cermin tingkap surau, kepala adik pun ada terhantuk dekat dinding jugak", bagitau Arshaad.

Jari kelingking kena jahit
Ni dah bukak balutan.

Sakit...
Pedihhh..
Rasa menyucuk dan menyengat..
Itulah ayat yang Arshaad duk ulang cakap dari tadi 😭

Allah...

Mak yang dengar ni pun rasa sebak. Tapi tahan selagi mampu, buat muka biasa macam tak de apa-apa yang berlaku. Dalam hati kita seorang ibu, tuhan je tahu 😥

"Macam mana adik nak basuh berak, nak mandi makan semua ni, Mak? Nak menulis pun tak boleh". Sayu je duk dengar dia mengadu.

Takpelah, Mak boleh suap dan mandikan adik. Menulis tak perlu lagilah. Kena cuti. Tak payah pergi sekolah lagi dik.

Sabarlah adik, ni ujian buat adik. Ujian buat Mak jugak. Sabar banyak-banyak ya 😭

Itu je mampu Mak cakap. Sambil gosok-gosok kepala untuk tenangkan adik.

Hati Mak memang sebal. Geram. Sebab Mak pun manusia biasa. Bukan malaikat.

Tapi apa boleh buat, dah tertulis begitu. Allah dah tetapkan kawan-kawannya asbab pada kejadian harini.

Mujur tak kena muka atau bahagian lain 😭😭😭

Kadang-kadang anak kita tak buat orang, anak orang pulak buat kat anak kita. Eerrmm

Ruby bagi Arshaad makan Vitamin C Shaklee dan sapu krim antibiotik untuk cepatkan proses luka pada jari kelingking tu baik. Jahitan di bukak selepas seminggu. Selasa kelmarin, Arshaad dah mula ke sekolah. Bukan main happy lagi dia nak jumpa kawan-kawan lepas "terpaksa cuti".

Inilah orangnya ;)

Banyak kali pesan, jaga diri baik-baik. Hati-hati naik turun tangga. Jangan berkawan dengan kawan-kawan yang kuat main dalam kelas atau suka buat bising. Jangan buat anak orang. Jangan kacau orang.

Jadi kerisauan bagi Ruby tiap kali anak ke sekolah. Sungguh. Macam-macam fikir. Nak-nak anak lelaki. Dia orang ni lasak kalau nak kirakan dengan budak perempuan.

Mak doakan semoga Allah melindungi semua anak-anak semasa ketiadaan Mak disisi kalian. Aamiin3x.

3 comments:

  1. Moga Arshaad baik-baik saja semasa kat sekolah

    ReplyDelete
  2. soh arshad tumbuk balik muka budak yg tolak dia tuuhh
    . huhuhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Arshaad dah sekolah balik.
    Moga Allah lindungi anak-anak kita walau dimana mereka berada.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)