Tuesday, January 14, 2020

Kisah Abang Asyraaf Kena "Seksa" Kat Sekolah

Abang Asyraaf balik dari sekolah kebangsaan. Bersungguh dia bercerita dengan Mak. Aihh, budak ni kan, sesuatu sangatlah. 

"Harini abang teruk kena seksa dengan cikgu, Mak". Cerita dengan muka sedih 😕

"Seksa macam mana pulak bang? Abang ada buat salah ke sampai cikgu marah ni."

Isshh. Mak dah suspen dan rasa tak puas hati dengan Cikgu 🤔

"Abang tak buat salahlah. Cikgu ni, dia pergi tukar tempat duduk abang kat kelas tu. Ada ke patut abang kena duduk kat tengah-tengah antara 2 budak pompuan, Mak. Esok abang tak nak pergi sekolahlah".

Mak, Arshaad dengan Isya. "Hahahahahahaha".

Maaf bang, kami tergelak dulu. Pecah kesunyian kat rumah tu. Dia punya ayat "seksa" tu macam teruk sangat bunyi Cikgu buat kat dia 🤣

Ingat apalah tadi. Kut-kut kena bawak kerusi keliling padang ke apa kan. Rupanya malu kena duduk sebelah budak pompuan.

Mungkin maksud abang tu,
seksa sebab tak boleh nak membawang dengan geng lelaki 🤭

Tambah tak selesa dikepit oleh pompuan kiri dan kanan. Nak bergerak perlu berhati-hati.

Abang : Cikgu tu Cikgu Indiaaaaaaa. Semua orang kena. Bukan abang je.

Mak : Habis tu, Abang cakaplah dengan Cikgu tak boleh duduk sebelah gitu. Nanti takut tersentuh berlaga siku, terlanggar badan ke masa belajar. Tak elok kan.

Abang : Muka merajuk :(

Mungkin tu trick Cikgu untuk murid-murid lebih diam dan tak banyak berbual kosong dengan kawan sekelas yang lain. Belajar pun jadi lebih fokus.

#KesianAnakOmak

Rubiah Kadir
Inilah orangnya. Abang Asyraaf, tahun ni tahun 4

2 comments:

  1. abang ni hensem.. jgn nnti xtau nk pilih disini menanti disana menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Adoi wak terus bagi tajuk lagu ukays 🤣

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)