Tuesday, January 14, 2020

Muffin Pisang Coklat Moist

Terjumpa resepi muffin ni. Terliur tengok taburan coklat chip. Simpan sini dulu. Senang nak refer nanti. Korang yang nak kan sesuatu yang berlainan, bolehlah cuba juga ya.

Muffin Pisang Coklat Moist

Muffin Pisang Coklat Moist
Muffin Pisang Coklat Moist

Bahan-bahan :

3 biji telor*
1/2 cawan gula (nak manis tambah)*
1 sudu besar ovelate*
1 sudu kecil esen vanila*/esen pisang

4 biji pisang (lenyek ye)
1 cawan minyak
1 sudu kecil emolco coklat

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek blue key
3 sudu besae serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
(Bahan ni ayak ye)

Untuk hiasan - coklat chip secukupnya.

Cara-caranya :

  • Mix atau blend bahan yang bertanda (*) hingga kembang.
  • Dah sebati, masukkan pisang dan minyak tadi serta emolco coklat. Mix sebati semua bahan tu. Nak blend pun boley ya.
  • Dah sebati tuang adunan ni dalam bahan tepung yang dah di ayak tadi.
  • Gaul cara kaup balik.
  • Dah sebati tuang dalam cup. Jangan penuh sangat dan hias dengan coklat chip. Cam dlm gmbor tu.
  • Bakar suhu 180 c ( ikut oven masing)
  • Bila nampak dia dah naik membukit tu turunkan suhu ke 150 atau 140°c bakar lagi hingga masak.


atau boleh juga guna kaedah kukus. 15 minit api besar.

Selamat mencuba!

9 comments:

  1. hai , salam perkenalan ,done follow ... jom follow sys LF balik ... https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Masya Allah..melting nya tengok muffin ni....rasa macam nak pi cari muffin sekarang juga. Thanks kongsi resepi, nanti boleh cuba...hehhe tapi tak tahu bila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak buat, beli hat dah siap kak 😂

      Delete
  3. wahhhh.. sedap ni.. follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya nengok muffin coklat tu, nampak gebus gebas

    ReplyDelete
  5. sedapnya muffin, nanti dah buat post tau hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)