Tuesday, February 4, 2020

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Vitamin C dianggap sebagai vitamin yang serba boleh kerana manfaatnya yang banyak kepada kesihatan tubuh kita dan juga untuk kecantikan kulit.


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C
Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Vitamin C

Ok, di sini Ruby nak berikan jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin pernah buat anda semua tertanya-tanya ;)



Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C



Soalan 1

Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Sebab itu kita perlu menambah vitamin penting ini dalam pemakanan. Walaupun anda ambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan hanya mampu menyerap apa yang diperlukan (sekitar 100-200mg setiap jam) dan membuangnya melalui urin jika berlebihan.


Pilihan yang baik adalah 》 ambil Vitamin C Sustained Release di mana 100 mg di lepaskan setiap jam selama 5 jam untuk pastikan penyerapan maksimum pada badan kita.


Warga emas dan mereka yang berasa kurang sihat mungkin perlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi extra protection.




Soalan 2

Saya makan makanan sihat termasuk buah dan sayuran. Perlukah saya mengambil Vitamin C lagi?

Kandungan Vitamin C dalam buah dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutama sekali selepas ia dibasuh, dipotong dan dimasak.


Untuk dapatkan 500mg Vitamin C, anda perlu makan ;

  • 7.5 biji buah oren atau
  • 6 cawan brokoli atau
  • 119 batang lobak merah.

Agak mustahil bagi kita untuk makan tu semua kerana faktor kos dan juga kekangan masa. Cara yang paling bijak 》 Ambil Sustained Release Vitamin C yang kosnya cuma 50 sen 1 tablet.


Baca juga :  Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari




Soalan 3

Saya ada gastrik. Saya pernah dengar yang pesakit gastrik tidak digalakkan ambil supplemen Vitamin C.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber supplemen Vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak menyebabkan gastrik.


Pilih Vitamin C yang diekstrak daripada jagung yang lembut dan sesuai untuk perut yang sensitif.




Soalan 4

Berapa banyak Vitamin C yang perlu saya makan setiap hari?

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan(IOM) menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin C yang tinggi mempunyai kadar risiko ketoksikan yang rendah.


Dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari.


Kementerian Kesihatan telah menggariskan pengambilan maksimum Vitamin C sebanyak 2000mg/hari.




Soalan 5

Sustained Release Vita C Shaklee mempunyai komponen bioflavonoid. Apakah ia?

Bioflavonoid adalah sejenis antioksidan terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk tingkatkan penyerapan dan penggunaanya.


Sebagai contoh, anda boleh jumpa sumber bioflavonoid dalam sabut putih dan pulpa yang ada di tengah buah sitrus. Ada yang rasa pahit dan kenyal. Biasanya ia dibuang.



Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi kebaikan menyeluruh dalam setiap tablet kepada anda.



Sustained Release Vita C Shaklee - Vitamin C Semulajadi




Sustained Release Vita C Shaklee
Sustained Release Vita C Shaklee

  • Mempunyai sistem pelepasan berperingkat-peringkat. 1 tablet melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam, bagi meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengelakkan pembaziran. 1 tablet = 500mg Vitamin C = 7.5 biji buah oren.
  • Diperkaya dengan 120mg Bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.
  • Produk semulajadi yang diekstrak dari jagung.
  • Sesuai untuk mereka yang perut sensitif.

Berita baik! Promosi Shaklee Februari 2020 - Vitamin C Shaklee. Beli 2 botol Vitamin C anda akan menerima 5% diskaun.

Sebanyak pertanyaan atau info mengenainya, boleh terus hubungi Ruby di talian ini

11 comments:

  1. i ambil Vita C Shaklee juga untuk atasi my eczema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga bermanfaat. ambil sekali dengan omega guard, bagus juga ekzema

      Delete
  2. vitamin C wajib ambil setiap hari.

    ReplyDelete
  3. nice entry..vitamin c memang baik utk kesihatan ^^

    ReplyDelete
  4. banyak nyee carrot kena makan nak cukupkan 500mg haha..
    sedar2 esok jadi rebbit =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYM,

      Rabbit, kucing, kambing dia boleh hasilkan vitamin C sendiri.

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)