Wednesday, February 19, 2020

Bersyukur Apa Yang Ada

Ada orang, dia nak dan berharap yang dia ada kehidupan seperti orang lain sebab dia anggap kehidupan dia tidak baik dan tidak sempurna. Serba kekurangan.

"Bestlah selalu pergi jalan-jalan makan angin", tapi aku tak dapat.

"Untunglah dia duduk rumah besar dan mewah macam tu", aku pun nak.

Bla bla bla dan macam-macam lagi rungutan.

Syoknya kalau aku jadi dia.

Kalau hidup asyik nak bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Percayalah, kita takkan pernah bahagia. Sampai lupa apa yang kita ada dan miliki. Lupa apa yang kita perlu hargai.

Tapi sebenarnya, ramai je orang diluar sana yang mengimpikan kehidupan seperti kita.

Hidup ni bukan tentang seberapa banyak harta yang kita ada. Ia tentang sebesar mana bahagia yang kita mampu cipta sendiri.

Sesunguhnya jika kamu bersyukur, nescaya kami akan menambah nikmat kepadamu. (QS Ibrahim : 7)

Jadilah manusia yang bersyukur ;)

Jadilah manusia yang bersyukur

7 comments:

  1. Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada. Kadang-kadang kita rasa keadaan kita dah teruk, sebenarnya ada lagi yang lebih teruk daripada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak AZ.

      Kalau kita rasa kurang, ada lagi orang kurang daripada apa yang kita ada.

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Syukur di atas limpahan nikmat rezeki yang Allah kurniakan

    ReplyDelete
  3. bernafas pun kena syukur.. hee~ apatah lagi pada perkara yang besar-besar.. kan ? terima kasih untuk entri nasihat macam ni.. kakak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul apa yang kita miliki semuanya milik Allah

      Delete
  4. Kalau perkara kecil pun tak bersyukur, apatah lagi dengan perkara besar kan... Syukur masih dapat bernafas sehingga ke hari ni... hihi
    BTW.. dah follow blog Rubiah.. follower ke #210

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)