Friday, February 14, 2020

Sumbangan Untuk Wakaf Masjid

Akhir bulan Disember 2019, abah bagitahu nak waqafkan tanah di Penarik, Terengganu untuk buat masjid. Kami pergi tengok tanah abah. Aku umum kat Fb untuk sesiapa yang ingin turut serta mengirim waqafan.




Sebaik urusan cari tukang, plan semua selesai, 11 Januari 2020, culverts terus dipasang sebab tanah sebelah parit.

25 Januari 2020, lebih 200 lori tanah mula 'tambun' tanah. Kayu pancang penanda mula dipasang. Solat hajat dibuat untuk memudahkan semua urusan. Barang-barang asas terus dibeli.

Bermula awal Februari 2020, kerja pembinaan terus dibuat tanpa henti. Mula dengan duit abah dahulu disamping sokongan dari adik-beradik dan sanak saudara. Tidak lupa kiriman kalian semua.



















Hari ini baru 14 Februari 2020. Tiang masjid mula dinaikkan. Allahu, pantas betul. Binaan dibuat cantik. Abah marah buat masjid ala kadar. Kena buat yang terbaik, kata abah. Tukang kami pun bagus. Buat kerja spec JKR. Cantik, kemas dan teliti hasil kerja.

Abang aku Mohd Ariff Mohd Salleh ulang alik dari Pasir Puteh ke Penarik 2-3 hari sekali nak pantau projek ini. Perjalanan pergi balik tu hampir 4 jam juga. Punya dia usaha, punya dia bersungguh-sungguh menjaga amanah kalian semua.

Kos setakat ini sudah pun menelan lebih 58k. Bumbung pun dah order. Abah nak bumbung yang elok. Jenis genting yang mahal berkilat tu. Berbelas ribu genting sahaja, semua guna duit abah.

"Bim dengan bumbung bahagian abah. Hat lain Li tolong la cari sapo-sapo nak wakaf tu. Tak cukup simpanan abah nak siapkan masjid ni. Kalu takdop ore nak kirim, tak apo. Kita beradu dulu buat. Kita himpun pitih pah sambung pula," kata abah di suatu ketika.

"InsyaAllah ramai jah bah nak sedekah nak infak untuk masjid ni bah. InsyaAllah ada la tu," balas aku.

Alhamdulillah. Banyak sumbangan masuk untuk Masjid Dana Kita ni. Abah suruh namakan Masjid Dana Kita. Bahkan masa siram air solat hajat kat pancang kayu, aku suruh abah mulakan.

"Abah start dulu lah. Tanah abah ni."

"Ehhh. Jangan kata gitu. Ni bukan tanah abah dah ni. Ni tanah waqaf dah ni. Jangan sebut lagi tanah abah. Li mulakan lah. Ambil berkat ramai yang kirim sumbangan tu. Ni tanah Masjid Dana Kita."

Kawan-kawan. Inilah hasil kiriman kalian. Tanpa henti projek waqafan ini berjalan. Namun dana masjid belum cukup untuk siapkan semua ini.

Masih perlukan sekitar 100k untuk siapkan semua sekali termasuk tandas dan pagar. Jika ada yang nak kirimkan waqafan kalian untuk Masjid Dana Kita, ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
References : Waqaf masjid


"Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna".

@danakita 
#MFS

Boleh juga ke Facebook Cikgu MFS  :  Mohd Fadli Salleh

Kawan-kawanku yang baik hati lagi pemurah,
Ayuh waqafkan sedikit sumbangan dan rezeki kita untuk pembinaan Masjid Dana Kita ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk proses pembinaan masjid dan memberi manfaat untuk penduduk serta mereka yang ingin beribadah.

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)