Sistem imun ni ibarat frontline yang bertanggunjawab untuk melindungi tubuh kita dari penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Bila imun dijaga dengan baik, kekerapan untuk sakit tu adalah kurang.
Ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sistem imun termasuklah mengawal stress dengan baik, tidur yang mencukupi, bersenam dan amalkan gaya hidup serta pola pemakanan yang sihat.
10 Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Penting bagi kita memilih makanan yang berkhasiat dalam memastikan pertahanan badan lebih kukuh dan kuat. Berikut beberapa jenis makanan yang boleh kita ambil untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
#Yogurt
Yogurt ada probiotik iaitu bakteria sihat yang memastikan usus bebas kuman pembawa penyakit. Ambil plain yogurt adalah lebih baik berbanding yogurt yang ada pelbagai perisa dan gula. Anda mungkin boleh letak madu atau hirisan buahan segar bersama yogurt
kosong tadi.
Pilih yogurt yang kaya dengan sumber vitamin D yang mana boleh boost pertahanan semulajadi badan melawan penyakit.
#Oat dan Barli
Bijirin ada beta glukan, sejenis serat yang bersifat antimikrob dan ada keupayaan antioksidan. Ia bantu tingkatkan imuniti, cepatkan luka sembuh dan bantu antibiotik bekerja dengan cekap.
#Buahan Sitrus
Vitamin C mampu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ini kunci untuk melawan jangkitan. Buahan sitrus yang popular seperti ;
Oleh sebab badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C, kita perlu mengambil setiap hari untuk kesihatan.
Bawang putih ada bahan aktif Alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Boleh campurkan dalam bahan masakan untuk menikmati kebaikannya.
#Keledek
Kulit organ terbesar bagi badan manusia yang bertindak sebagai kubu terhadapa serangan bakteria atau virus. Bagi kesihatan kulit terjaga, vitamin A diperlukan untuk hasilkan tisu penghubung iaitu komponen penting kulit.
Makanan yang kaya beta karotin seperti keledek, lobak merah, dan labu boleh dijadikan sumber Vitamin A.
#Kerang
Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium untuk bantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selsema dari tubuh.
#Cendawan
Cendawan mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan penyakit. Zat didalam cendawan juga meningkatkan imuniti tubuh.
#Brokoli
Brokoli kaya dengan mineral dan vitamin. Vitamin A, C dan E sebagai antioksidan dan ada serat, bagus untuk amalkan sayuran brokoli ini.
#Kacang Almond
Vitamin E kunci kepada kesihatan imun tubuh. Ia adalah sejenis vitamin larut lemak. Kacang seperti almond mengandungi vitamin dan lemak sihat.
#Teh
Teh hijau dan Teh hitam ada sumber flavonoid, iaitu sejenis antioksidan. Ia bagus untuk meningkatkan fungsi sistem imun. Teh hijau yang kaya dengan asid amino elok dalam menentang jangkitan kuman dalam T Cells.
Penting bagi kita untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan baik demi menjaga kesihatan yang optimum. Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang yang dilanda wabak Covid 19.
Sumber : Healthline
Entry akan datang : Cara Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
![]() |
Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh |

- Grapefruit
- Oren
- Tangerines
- Lemon
- Limau
- Clementine
Oleh sebab badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C, kita perlu mengambil setiap hari untuk kesihatan.
#Bawang Putih
Bawang putih ada bahan aktif Alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Boleh campurkan dalam bahan masakan untuk menikmati kebaikannya.
#Keledek
Kulit organ terbesar bagi badan manusia yang bertindak sebagai kubu terhadapa serangan bakteria atau virus. Bagi kesihatan kulit terjaga, vitamin A diperlukan untuk hasilkan tisu penghubung iaitu komponen penting kulit.
Makanan yang kaya beta karotin seperti keledek, lobak merah, dan labu boleh dijadikan sumber Vitamin A.
#Kerang
Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium untuk bantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selsema dari tubuh.
#Cendawan
Cendawan mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan penyakit. Zat didalam cendawan juga meningkatkan imuniti tubuh.
#Brokoli
Brokoli kaya dengan mineral dan vitamin. Vitamin A, C dan E sebagai antioksidan dan ada serat, bagus untuk amalkan sayuran brokoli ini.
#Kacang Almond
Vitamin E kunci kepada kesihatan imun tubuh. Ia adalah sejenis vitamin larut lemak. Kacang seperti almond mengandungi vitamin dan lemak sihat.
#Teh
Teh hijau dan Teh hitam ada sumber flavonoid, iaitu sejenis antioksidan. Ia bagus untuk meningkatkan fungsi sistem imun. Teh hijau yang kaya dengan asid amino elok dalam menentang jangkitan kuman dalam T Cells.
![]() |
Sistem Imun sebagai pelindung tubuh dari serangan virus |