Saturday, March 7, 2020

Dapat Surat Google Adsense

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak surat yang di tunggu-tunggu. Kita punya senyum lebar dan eksaited tu macam dapat surat cinta. Hahaha.

Dalam surat ni ada NO PIN untuk verify alamat dalam akaun adsense seseorang yang ada ads.

Dapat Surat Google Adsense
Dapat Surat Google Adsense


Ikut arahan untuk letak no pin

Ads yang tergedik-gedik dekat blog Ruby ni masih baru lagi sebenarnya. Terasa nak apply adsense sebab nampak rakan-rakan blogger yang lain share pasal benda ni. Dari situ bermulalah episod Ruby mengodek dan mencari apa benda "google adsense" dan dari sedikit pembacaan, baru faham. Sambil-sambil blogging, kita boleh buat duit tepi!

Ruby pun terus buat google adsense, dan cubaan pertama kali terus berjaya. Yeayy!

Sikit-sikit,
Hari demi hari,
Nanti penuhlah akaun adsense Ruby.

Bila dah cukup $100USD dalam tabung akaun tu, barulah boleh cash out. Haa, cubalah korang kira berapa akan dapat kalau tukar duit Malaysia. Banyak jugak kan, Hehehe.

Sapa yang belum ada tu, cubalah submit. Boleh belajar tipsnya kat sini, Ruby pun banyak belajar dari blogger  Wayne Harraz


Baca juga :

Cara Dapatkan 1 USD Sehari Dari Google Adsense

22 comments:

  1. Tahniah saya ucapkan..doakan saya satu hari nanti dapat surat ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KK.

      Nanti KK pun akan dapat jugak ya 😂

      Delete
  2. Waa... Tahniah! Wuu... Terharu sbb letak link blog skali.. Selamat menabung .. Semoga terus dimurahkan rezeki... Sebagai tanda support sy klik iklan sini.. Have a nice day 😊😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🥰🥰🥰 Tq klik

      Benda baik kena share, biar orang lain pun dapat manfaatnya.

      Delete
  3. Tahniah...masih menunggu utk cashout juga ni...memang lvl nak berblog tu meningkat...kepp it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh, terbaik cikgu.

      Selamat menabung jugak ya.

      Delete
  4. tahniah
    bolehlah jana pendapatan sampingan.
    wak masih tak kenal adsense lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Wak.

      wak pun boleh cuba apply jugak nanti ya

      Delete
  5. Tahniah Ruby... bestnya... Saya baru saja mula beradsense.. nak ke angka 100 tu... tak tau la bila.. huhuhu.. saya dah klik iklan ruby hari ni...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mel pun akan dapat suratnya. hehe.

      done klik ads mel jugak tau :)

      Delete
  6. Waa tahniah Ruby semoga income masyuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama lagi cepaat masyukkk sebab ramai singgah, pv tinggi tiap hari :)

      Delete
  7. Semoga adik manis terus diluaskan pintu rezeki, dapat income dari Adsense melimpah ruah.. Teruskan blogging okay..

    ReplyDelete
  8. yeay, dah boleh menabung. Tahniah²

    Done klik ads Ruby. Iklan kepci sangat menyelerakan 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Atul dengan makanan berpisah tiada 😂

      Delete
  9. Tahniah kak Ruby. Nanti sharelah macam mana cara dapatkan ads paling simple..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi dashboard blogger. Pilih belah kiri, ambil earning.

      Delete
  10. Seronoknya dah dapat surat hahahaha. Tahniah kak ruby!! Doakan saya pulak dapat surat adsense hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)