Wednesday, March 25, 2020

Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highland

Cameron Highland adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Tempat ini menjadi pilihan ramai kerana udara dan cuacanya yang cukup nyaman, segar dan sejuk. Disini ada banyak tempat penginapan yang disediakan untuk para pengunjung.

Jika ditanya penginapan apa yang Ruby suka di Cameron Highland, Ruby akan pilih penginapan yang jenis HOMESTAY. Lagi seronok jika adakan "hari keluarga" disitu. Berkumpul dengan keluarga besar, masak bersama-sama dan macam-macam aktiviti boleh kita lakukan untuk eratkan silaturrahim.


Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highlands

Valley View Bungalow Cameron Highlands

Antara keistimewaan bila stay di banglo Valley View ni ialah korang boleh layan view yang indah dari puncak bukit yang dikelilingi gunung, taman bunga, pokok buahan dan ladang sayuran.

Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highland
Valley Villa Bungalow Cameron Highland


Banglo yang mempunyai ;

  • 5 bilik tidur untuk 10 orang
  • lengkap dengan ruang makan dan lounge
  • dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, periuk gas, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, pinggan mangkuk, peralatan memasak dan kemudahan memasak steamboat
  • Kemudahan wifi dan TV dengan saluran Astro penuh turut disediakan.



Review Tetamu :

"Stay di sini tidak dapat dilupakan!  Banglo ini dilengkapi dengan baik, sangat selesa, bersih dan selesa! Tuan rumah Willie dan Jessica sangat membantu dan baik!  Terutama dalam mencadangkan tempat yang bagus untuk mendaki dan makan.  Kami juga cuba steamboat buatan sendiri di sana - lazat!  Secara keseluruhan, percutian yang menarik jauh dari bandar!  Akan kembali lagi!"


Alamat :
Lot No. 135, Batu 33,
Taman Ringlet,
39000 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang.


Harga :
Dari RM800 semalam


Lihat juga :  11 Homestay Menarik Di Cameron Highland

9 comments:

  1. Tarikan ada macam-macam kemudahan memang menarik. Harga pun berpatutan RM800/10 orang=RM80 seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sikit sikit sorang bayar. Oklah tu kak. Tempat pun selesa.

      Delete
  2. wah, siap boleh masak. elok sangat ni. kalau p ramai² sesuai sangat ni...

    ReplyDelete
  3. Rumah nampak selesa.. boleh la masuk dalam list kot untuk planning percutian family ^^

    Nurul singgah & follow sini.

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/cara-simpan-banyak-duit-walaupun-baru-bekerja.html

    ReplyDelete
  4. boleh baca dan tgk sahaja buat masa sekarang selagi dlm tempoh 'berkurung' heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sekarang PKP, kena duduk rumah diam² tau JM

      Delete
  5. Besar rumahnya.. boleh buat family day tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)