Wednesday, April 1, 2020

Cara Memohon Bantuan Prihatin National(BPN)

Sejak penularan wabak berjangkit Covid19, ramai yang terkesan. Banyak benda yang terjejas. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula telah dilanjutkan tempoh sehingga 14 April 2020 bagi mengekang virus ini. Anak-anak direhatkan dari sesi persekolahan, pergerakan menjadi terhad dan ramai juga yang hilang sumber pendapatan.

Sehubungan itu, Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bantuan kewangan yang bertujuan untuk membantu dan meringankan beban rakyat.

Cara Memohon Bantuan Prihatin National
Cara Memohon Bantuan Prihatin National

Macam mana cara nak mohon Bantuan Prihatin National ni? Dekat mana nak mendaftar? Siapakah yang layak? Jadi disini Ruby kongsikan dengan anda satu persatu stepnya. Baca sampai habis ya.


Bantuan Prihatin National (BPN)

Cara Memohon Bantuan Prihatin National
Bantuan Prihatin National

Bantuan ini akan diberikan secara one off kepada golongan B40 dan M40. Pembayaran mula diagihkan pada akhir bulan April dan Mei 2020 mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.


Siapakah yang layak menerima BPN?

Kategori yang layak adalah seperti berikut :

Golongan B40

1) Isi Rumah
  • kahwin atau 
  • Ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • pendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah


2) Bujang
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH dan
  • Had umur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan keatas) dan
  • Pendapatan bujang RM2000 dan ke bawah



Golongan M40

Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus seperti berikut :

1) Isi Rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang berdasarkan data pencukaian dan
  • Pendapatan agregat bulanan RM4001 hingga RM8000 berdasarkan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) terkini


2) Bujang
  • Individu berstatus Bujang dalam data pencukaian, dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan
  • Pendapatan bulanan RM2001 hingga RM4000 berdasarkan borang nyata cukai pendapatan (BNCP)


3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara yang menetap di Malaysia.


Jumlah Bayaran Dan Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin National

Jumlah bayaran yang akan diterima secara tunai seperti berikut, boleh rujuk gambar untuk info lanjut.

Cara Memohon Bantuan Prihatin National



Cara Memohon Bantuan Prihatin National



Cara Memohon Bantuan Prihatin National



Cara Memohon Bantuan Prihatin National

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin National B40 dan M40 adalah 2 kali iaitu pada bulan April dan Mei 2020.

Berdasarkan senarai agihan diatas, jelas bahawa semua golongan dapat menikmati manfaat bantuan daripada kerajaan. Bak kata PM kita,

Tiada golongan yang tercicir.
No one will be left behind.


Cara Memohon Bantuan Prihatin National


1) Jika anda adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baru.


2) Jika anda adalah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baru.


3) Bagi mereka yang belum berdaftar (BSH/Cukai), permohonan baru boleh dibuat mulai 1.4.2020 menerusi laman web rasmi LHDNM - www.hasil.gov.my


Bila Dan Bagaimana Menyemak Status Penerimaan BPN?

Penerima yang layak menerima bantuan B40 & M40 boleh membuat semakan mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan ;
  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan
  • Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

Anda boleh buat "semakan status" diportal rasmi berikut :

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)
https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia
https://www.treasury.gov.my


Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor dan saluran-saluran berikut :

Bantuan Prihatin National


Kementerian mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dengan scammers yang semakin berani ambil peluang untuk menipu orang awam yang perlukan pakej bantuan ini.

Penerima diminta merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan beri maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.


Baca juga :

Cara Mencegah Covid 19

Doa Elak Wabak Berjangkit

Asal Usul Coronavirus (Covid 19)


Gunakan bantuan yang diberikan kerajaan sebaiknya untuk kelansungan hidup yang mendatang. Berjimat cermat seadanya. Semoga virus Covid 19 ni berlalu pergi dengan cepat. Aamiin.

8 comments:

  1. Tq kongsi info ni Ruby... mujur dapat kerajaan yang prihatin disaat-saat kritikal ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Mel.

      Alhamdulillah ada bantuan dari kerajaan

      Delete
  2. sama lah. mommy pun baru je lepas post entry mengenai Bantuan Prihatin nasional ni. harap digunakan untuk keperluan asas. biar ada makanan atas meja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat bantuan beli brg keperluan harian yang o
      penting² kan mummy

      Delete
  3. hari ni memang jammed gila website lhdn tu..haha..
    alhamdulillah, adik kat kampung da tolong cek, suami da lulus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SS, ruby masuk jem tadi.blank je website tu. Hehe.

      Syukurlah suami ss dah lulus

      Delete
  4. Tak boleh semak lagi...website jem kena tunggu tetengah malam atau awal pagi. Moga ada rezeki.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)