Tuesday, April 21, 2020

Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard - Mudah & Sedap!

Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard | Ada yang suka makan pisang? Ruby pun suka juga. Lagi-lagi pisang emas. Saiz dia cute dan rasa lemak yang sedap! Buah-buahan seperti pisang ni kaya dengan nutrisi. Terdiri daripada air, protein dan lemak. Selain itu, ia tinggi kandungan karbohidrat serta potassium yang mampu memberikan tenaga kepada manusia.

Pisang boleh dipelbagaikan cara penyediaannya. Ada yang kreatif jadikan pisang sebagai kerepek, kek, kuih muih, pengat dan macam-macam lagi.

Ruby nak share satu resepi pisang karamel yang diolah dan digabungkan dengan sos kastard. Kisahnya, ternampak anak saudaraku update dekat status whatsAppnya "benda ni", laju-laju ku mesej dia mintak resepi. Sejenis orang yang tak tahan dengan godaan makanan. Hahahaha. Ya, dia buat untuk dijual.


Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard

Resepi yang mudah disediakan. Rasa manis karamel dan pisang. Ada pula sos kastard dengan taburan kismis, parutan cheese dan lain-lain. Korang patut cuba ;)

Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard
Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard


Bahan-bahan :
  • Pisang (sama ada pisang berangan, pisang putar, pisang lemak manis)
  • Marjerin
  • 1 tin susu cair*
  • 1 tin air (sukat guna tin susu)*
  • 2 sudu besar tepung kastard*
  • 3 sudu besar gula*
  • Secubit garam*
  • 1 biji kuning telur*
  • esen vanilla*



Langkah Penyediaan :

1. Goreng pisang dengan marjerin sehingga sedikit garing.

2. Untuk membuat sos, satukan bahan-bahan yang bertanda *. Masak diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan kastard itu berketul. Masak sehingga sedikit pekat dan mendidih.

3. Letakkan pisang yang dikaramelkan tadi di dalam pinggan/bekas. Tuang pula sos kastard yang siap dimasak ke atas pisang tersebut.

4. Taburkan dengan bahan hiasan yang diinginkan seperti mix fruit, gajus, kismis dan cheese cheddar yang diparut. Dalam erti kata lain, letaklah apa yang kita suka. Hehe

5. Sedia untuk dihidangkan. Kalu nak sejukkan dalam peti ais dulu, pun boleh. Lagi nikmat makan sejuk-sejuk 😋


Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard
Banjir dengan sos kastard. So nyummmy!


Resepi Pisang Karamel Sos Kastard
Ada taburan mix fruit, kismis dan parutan cheese cheddar


Selamat mencuba!

Kredit resepi :  Azura Idayu


10 comments:

  1. sedapnya nampak pisang karamel ni.... yummy

    ReplyDelete
  2. Menggoda sungguh pisang karamel ni. Kalo ada kerajinan, boleh la cuba buat nt 😁

    ReplyDelete
  3. Boleh buat. Kat rumah banyak pisang. Cuma kena tengok kat pantri ada susu cari ke tak.

    ReplyDelete
  4. masya Allah...nak copy la resipi ni...bulan puasa ni kena kurangkan tgk makanan hahah nanti cepat lapo

    ReplyDelete
  5. Ingatkan puding diraja haha. Tapi nampak sedap la!
    btw singgah sini ya, jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  6. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you Love you so much 💋

    ReplyDelete
  7. Berapa satu bekas tu akak jual?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)