Friday, April 17, 2020

Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik

Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik | Bagi yang ada masalah gastrik, biasanya golongan ini tidak tahan dengan keadaan perut kosong. Apabila tiba bulan Ramadhan, mesti mereka resah memikirkan macam mana cara nak menjalani ibadah puasa tanpa rasa sakit.

Gastrik atau gastritis satu penyakit yang sering dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Ia adalah keradangan (inflamasi) yang berlaku di permukaan lapisan perut.

80% penderita pesakit gastrik disebabkan oleh jangkitan kuman, manakala selebihnya punca gastrik seperti merokok, pengambilan makanan yang pedas, berminyak atau masam dan tekanan.

Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik
Derita gastrik ketika berpuasa

Tanda-Tanda Gastrik

Mari kenali apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami gastrik. Antaranya ;
  • Kerap sakit di bahagian kanan kepala terutama bila perut kosong atau lewat makan
  • Perut kembung
  • Sendawa yang kerap
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut yang teramat sakit


Cara Untuk Mengatasi Gastrik Ketika Puasa

Gastrik bukanlah alasan untuk seseorang itu ponteng berpuasa. Malah berpuasa (mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan menyeluruh. Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diikuti supaya anda yang ada gastrik ni boleh berpuasa dengan tenang dan tanpa halangan. InsyaAllah ;)

1)  Elakkan ;
  • Makanan bergoreng, berempah, berminyak, berlemak
  • Makanan dalam tin
  • Minuman bergas
  • Makanan yang ada asid tinggi (oren, limau, tomato)
  • Minuman berkafein
  • Tidur selepas selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak


2)  Amalkan ;
  • Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka puasa dengan air dan kurma kemudian dirikan solat maghrib. Makan nasi separuh pinggan dengan lauk seperti ikan stim beserta sayur dan buahan.
  • Selesai terawih, makan pula roti, oat atau biskut.
  • Seeloknya segerakan berbuka dan melewatkan waktu sahur.
  • Makanan yang dipangggang adalah lebih baik daripada  yang digoreng.
  • Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks seperti bijirij gandum, beras perang, kekacang badam dan oat.
  • Perlu minum 2 liter air sepanjang malam di waktu ramadan.
  • Ambil air susu atau air buahan ketika waktu bersahur.

Bagi mereka yang perlu makan ubat, pesakit dinasihatkan mengambil ubat pada waktu sahur (jika sekali sehari) dan waktu bersahur serta berbuka (jika 2x sehari) untuk memberi perlindungan atau mengurangkan keasidan dalam perut. Maknanya, dengan pengambilan ubat, pesakit gastrik boleh berpuasa seperti orang lain.



Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik

Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik
Set Puasa Shaklee Untuk Gastrik

Set Puasa Shaklee ini membantu mereka yang mengalami gastrik dengan membekalkan tenaga, rasa kenyang dan kekal hidrasi sepanjang berpuasa.

  • ESP - sumber protein untuk rasa bertenaga dan kenyang yang lebih lama. Mudah disediakan dan dibancuh.

Baca lebih lanjut di sini 》 Kebaikan ESP SHAKLEE Untuk Gastrik

  • Performance Drink - minuman isotonik sihat untuk mengelakkan kehilangan air dari tubuh dengan mudah.
  • B Complex - menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Peppermint Ginger - mengeluarkan angin yang berlebihan (punca kepada gastrik).
  • Ostematrix - kalsium bersifat alkali untuk menurunkan keasidan yang tinggi didalam perut.


Sebarang pertanyaan atau order, boleh hubungi di talian berikut :

Rubiah Kadir  |  016 6696703
Pengedar Sah Shaklee Sejak 2013

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)