Sunday, May 3, 2020

Ketahui 8 Tanda Dehidrasi

Badan kita mengandungi kira-kira 60% kandungan air. Jadi penting untuk kita memastikan badan sentiasa terhidrat (cukup air) supaya organ tubuh berfungsi dengan baik dan optimum.

8 Tanda Dehidrasi
Dehidrasi - Badan Kekurangan Air

Apa itu dehidrasi? Dehidrasi (kurang air) berlaku apabila tubuh kehilangan cecair yang berlebihan, dimana cecair yang hilang lebih banyak daripada cecair yang masuk ke dalam tubuh kita. Ini menyebabkan fisiologi tubuh gagal berfungsi seperti biasa.

Masih ramai yang tidak sedar dan tidak tahu yang tubuh sedang mengalami dehidrasi. Teruskan membaca untuk ketahui apakah tanda dehidrasi dan kesan dehidrasi terhadap badan.


Tanda-Tanda Dehidrasi


1. Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas

Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan  baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.


2. Mengidam Sesuatu Yang Manis

Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.


3. Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening

Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga.

Dengan penurunan paras air, anda mungkin mudah berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi.

Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.


4. Mengalami Jantung Berdebar-debar

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah.

Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.


5. Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik

Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman.

Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!

Petua: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!


6. Masalah Kulit

Kita boleh nampak tanda jelas dehidrasi iaitu pada bahagian kulit. Mulut, kulit dan mata akan terasa kering.

Air membantu untuk menghidratkan kulit supaya kulit kita jadi sihat.
Masalah jerawat, ekzema atau psoriasis mungkin terjadi bila kekurangan air.


7. Masalah Penghadaman

Air sangat penting untuk sistem dalam badan berfungsi dengan baik termasuklah untuk sistem penghadaman.

Apabila badan kekurangan air dan dalam keadaan kering, usus besar mula menyerap air daripada makanan yang kita makan. Ini boleh menjadi punca kepada sembelit, refluks asid, ulser dan isu yang berkaitan dengan pencernaan yang lain.


8.  Kerap Rasa Lapar

Rasa lapar itu normal bila tiba waktunya makan. Cuma yang tak normalnya, kerap rasa lapar walaupun sudah makan.

Anda mungkin mengalami dehidrasi.

Dehidrasi ada trick sendiri yang membuatkan anda rasa lapar lagi dan lagi. Sebenarnya anda perlu minum air putih secukupnya bukannya makan lagi dan lagi. Hehe.


Cara cepat dan mudah untuk mengetahui sebanyak mana anda terhidrat, dengan melihat dan memeriksa warna air kencing.

Warna Air Kencing salah satu penanda aras tahap mana dehidrasi anda. Jika warna itu pekat atau coklat, itu bermakna tahap dehidrasi anda berada tahap bahaya.


Jadi, solusi terbaik, cuba latih diri untuk ambil air putih secukupnya supaya badan anda kekal terhidrat dan cukup air. Barulah sistem tubuh pun berfungsi dengan baik 😊


8 tanda dehidrasi
Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi

Next
This is the most recent post.
Older Post

15 comments:

  1. Bulan puasa ni kena kurangkan aktiviti2 berat yang mengeluarkan banyak peluh supaya badan kita tak kekurangan air.

    ReplyDelete
  2. Bolehlah tahu melaui air kencing. Selalu bangun pagi nampak air kencing warna coklat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah puasa ni dah nak 11hari masih ok lagi, sekarang pun tiap petang hujan jadi sejuk je

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas perkongsian ni.
    Ilmu baru buat saya hehe.
    Rasanya setakat ni masih on track.

    ReplyDelete
  5. Dulukan Mimi sejenis yangvtak suka minum air suam. Tapi sejak kena sembelit dan bibir kering memang duk pulun minum air suam sekarang dah tak ada lah. Memnag betul kalau kurang air kita akan hidrasi terutama bab asyik lapar je.

    ReplyDelete
  6. Eh lupa nak inform done follow #220

    ReplyDelete
  7. kalau dehidrasi ni letih jadinya... kering sangat

    ReplyDelete
  8. betapa pentingnya air putih. walaupun nampak macam takde apa. hehe

    ReplyDelete
  9. 2, 3 dengan 4 tuh ada dah hmmm

    ReplyDelete
  10. 2 liter sehari air. Dah jadi habit. Awal2 susah nak terima

    ReplyDelete
  11. Dulu nak minum 2 gelas air kosong pun susah. Now dah jadi habit I hehe. Btw good informations and thanks for sharing! ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)