Tuesday, June 30, 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Selangor!

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand


Ampang, 29 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysi telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamamu di 13 buah komuniti.


Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.  


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.


Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!



Shuhaida Kabdy menawarkan diri untuk memasak
 buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti

Shuhaida Kabdy turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.


“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Kacang,” jelas Shuhaida.


“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.


Sukarelawan Shuhaida Kabdy memasak Bubur Kacang
menggunakan produk Ayam Brand


Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.


“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Shuhaida menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.


“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.




Anak-anak Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
mengisi makanan ke dalam Pantri Makanan AyamBersamamu


Projek pantri komuniti Ayam Bersamamu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.


“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.






Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur

📌PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan

📌TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my

---

Mengenai Ayam Brand
Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.

#ayambrandmy
#ayambrandmy
#AyamBersamaMu
#AyamWithYou
#kitajagakita


Untuk pertanyaan media :-

Retna Vijayan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.639.8443

Samuel Tan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.635.8443



Continue Reading

Friday, June 26, 2020

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan menerusi insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
  • Bantuan khas secara one-off RM300 ini diberikan kepada ibu tunggal yang layak.
  • Permohonan telah dibuka mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2020.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Bantuan Khas Ibu Tunggal


Apakah definisi IBU TUNGGAL?


Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah
  • taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  • tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).


Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31.10.2020 melalui :

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak); atau



Siapakah Yang Layak Menerima BKIT?


Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:
  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran/definisi ibu tunggal di atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960.00 atau perkapita RM244.00.


Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Bantuan Khas Ibu Tunggal


Bayaran BKIT Rm300 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran ini diberi mulai Julai sehingga November 2020.




Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300


Para Ibu boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu secara online mahupun manual.

1) Permohonan BKIT Cara Manual

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD;  atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)


2) Permohonan BKIT Cara Online

Boleh mohon melalui portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di sini  https://www.jpw.gov.my  dengan cara ;

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Klik ikut negeri pemohon


Contoh paparan borang yang perlu diisi

  • Isikan borang online mengikut negeri pemohon.
  • Sila pastikan pemohon mempunyai akaun emel gmail dan pastikan pemohon telah log in sebelum mengisi borang.


Status kelulusan BKIT akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms). Bagi permohonan mereka yang tidak lulus, tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.



Senarai Dokumen Yang Diperlukan


Bagi permohonan baharu atau rayuan BKIT, sila kemukakan permohonan bersama-sama dokumen yang berikut ;

Dokumen Mandatori yang telah disahkan :

i.  Salinan MyKad;
ii. Salinan Penyata Akaun tahun semasa;
iii. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian;
iv. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin /
MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN /;
dan
v. Salinan Slip gaji terkini / Pengesahan Pendapatan
(Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan/Penghulu);


Dokumen Sokongan

i. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan); dan
ii. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses
penceraian).


Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal
Nombor talian yang boleh dihubungi untuk pertanyaan


Bagi mereka yang layak memohon, cepat-cepat isi borang ya. Dapatlah meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung :)


------

Info tambahan :
Nasihat Ruby untuk para Ibu yang berstatus Ibu Tunggal, anda digalakkan untuk mendaftar bagi mendapatkan pelbagai bantuan dan manfaat daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun peringkat negeri. Register secara online sebagai Ibu Tunggal  https://jpw.aidan.work/pendaftaran-ibu-tunggal/
Continue Reading

Wednesday, June 24, 2020

7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak

Pengambilan gula secara berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan tubuh. Anda mungkin berhadapan dengan risiko diabetis, obesiti, serangan jantung, strok dan juga dikaitkan dengan masalah karies gigi.

Gula adalah karbohidrat ringkas yang bekalkan kita sumber tenaga segera. Gula boleh didapati secara semulajadi dalam roti, nasi, mi, pasta, ubi-ubian serta buah-buahan.


7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak
Cara Kurangkan Gula

Sini Ruby kongsikan macam mana cara mengurangkan gula untuk anda jadikan panduan ;)


7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak

#Amalkan minum air kosong

Air putih tiada gula tambahan

Untuk pengetahuan, 1 sudu teh gula = 20 kilokalori. Jika anda ambil 1 tin air berkarbonat, ini bermakna 7 sudu teh gula × 20 kilokalori = 140 kilokalori.

Jadi gantikan minuman manis seperti air sirap, kopi, kordial, air tin dan air berkarbonat dengan air putih. Air putih tiada gula dan bebas kalori, memang bagus untuk kesihatan.

Bagi sesetengah orang, air putih tu membosankan kerana tiada rasa. Jika tiada keinginan nak ambil air kosong, jangan terus capai air berperisa! Apakata anda gunakan potongan buahan sebagai penambah perisa air. Anda juga boleh guna daun pudina atau potongan lemon ke dalam air dan biarkan ianya sejuk di dalam peti. Pokoknya, be creative.


#Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat/krimer manis setiap cawan minuman

Minuman manis ada kandungan gula yang tinggi

Anda boleh bermula dengan dengan "mengurangkan kemanisan dalam minuman" dengan mengambil minuman yang kurang manis.

Bila lidah dah terbiasa dengan makanan/minuman yang kurang manis, secara automatik anda berjaya mengawal kadar pengambilan gula. Yeayy!


#Kurangkan gula dalam masakan

Gula dalam kek/manisan/masakan

Gula adalah bahan utama dalam masakan kek mahupun kuih. Apa salahnya kurangkan/rendahkan kandungan gula agar tidak berlebih-lebihan.


#Elakkan makan snek atau minuman manis

Pengambilan snek pada waktu hidangan utama atau sebelum tidur akan tingkatkan pengambilan tenaga harian.


#Utamakan ambil buah-buahan dari kuih muih sebagai pengganti dessert

Glukos dari buah-buahan lebih elok dari manisan buatan (artifical) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan kita.

Kandungan Gula Dalam Kuih Muih

Contoh, lepat pisang ada 13gram gula tambahan = 191 kilokalori. Manakala buah pisang hanya ada 76 kilokalori dan tiada gula tambahan.


#Baca senarai ramuan pada label

Baca ramuan pada label? Nampak macam remeh. Tapi sebenarnya ia bantu untuk anda mengawal jumlah pengambilan gula. Elakkan produk makanan dan minuman yang mana gula tersenarai pada bahagian awal kandungan.


Baca label terlebih dahulu

Sos, makanan dalam tin, kicap, biskut selalunya mengandungi kandungan gula yang tersembunyi dan tinggi.

Jadi, baca label dulu ya.


#Pilih makanan atau minuman yang kurang gula atau bebas gula

Mengikut peraturan-peraturan makanan 1985, makanan yang dilabel "rendah gula" bermaksud kandungan gula tidak melebihi 5gram per 100gram atau 2.5gram per 100ml.

"Bebas gula" pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5gram per 100gram atau 100ml. Kini banyak syarikat ambil inisiatif mengeluarkan produk minuman mahupun makanan mereka dengan mengurangkan gula.


Anda boleh mulakan cara yang Ruby berikan ini satu persatu. Lambat laun, ia akan jadi kebiasaan pada diri sendiri.

Anda juga boleh juga mengikut cabaran gula 21 hari daripada KKM untuk mengurangkan gula dengan bijak.


21 Hari Cabaran Gula


3 hari = cabaran tanpa minuman bergula

3 hari = cabaran 2 liter air kosong

3 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat

2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1

2 hari = cabaran tanpa aiskrim dan kek

2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1

2 hari = cabaran tanpa gula-gula & coklat

2 hari = cabaran tanpa minuman bergula

2 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat


Selamat mencuba!
Continue Reading

Monday, June 22, 2020

OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru

Dah lama Ruby tak join segmen or mana-mana giveaway. Masa blogwalking, jumpa segmen dari blogger OM ni. Haa apa lagi. Terus Ruby join sekali. Hehehe. Lagipun syaratnya mudah sangat.

Seramai 7 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.

Jom sama-sama kita meriahkan segmen OM ni ;)

Boleh klik banner dekat bawah.




Continue Reading

Sunday, June 21, 2020

Set GDM Shaklee Untuk Ibu Hamil

Kencing manis berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan hormon insulin secukupnya. Insulin ini dihasilkan oleh pankreas dan pankreas ada 2 tugas utama iaitu ;
  • mengawal jumlah glukosa(gula) dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Kencing manis ketika hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetis Mellitus (GDM).

Kekurangan insulin atau rintangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan untuk digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya ibu akan mempunyai glukosa/gula dalam darah yang banyak dan berlebihan. Ini menyebabkan kencing manis semasa hamil.

Set GDM Shaklee Untuk Ibu Hamil
Set GDM Shaklee

Risiko kencing manis ketika hamil(GDM)
akan memberi kesan terhadap kesihatan ibu dan bayi jika dibiarkan. Antaranya saiz bayi yang terlalu besar sehingga sukar untuk bersalin secara normal, bayi pramatang, ibu mengalami pre eclampsia, jangkitan faraj dan lain-lain.


Set GDM Shaklee Untuk Ibu Hamil

Set ini membantu ibu-ibu yang ada kencing manis ketika hamil dengan mengekalkan paras glukosa/gula dalam darah kepada paras normal.


1. OSTEMATRIX
Ostematrix Shaklee
Ostematrix Shaklee


Kekurangan magnesium (Mg) menyebabkan insulin dan glukosa darah meningkat.

Ostematrix mengandungi magnesium, diperlukan untuk pembuatan dan pengeluaran oleh sel-sel agar reseptor insulin lebih banyak dihasilkan sekaligus menjadikan insulin menjadi lebih peka.

Selain itu, Ostematrix juga ada 4 elemen nutrien penting untuk tulang dan gigi yang kuat.



2. B COMPLEX WITH ACID FOLIC

B Complex Shaklee
B Complex Shaklee


Ia bantu menukarkan makanan kepada tenaga serta menggalakkan metabolisma gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang dimakan oleh ibu hamil.

Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang seimbang untuk kuatkan tubuh. Pengambilan asid folik yang mencukupi mengelakkan kecacatan otak dam saraf tunjang bayi.



3. VITALEA IRON PLUS

Vitalea Iron Plus Shaklee
Vitalea Iron Plus Shaklee


Dalam Vitalea ada Kromium dan Zinc. Kromium membantu pesakit diabetis dan pra diabetis meningkatkan sensitiviti insulin dengan tingkatkan kedua-dua reseptor insulin dalam sel dan juga aktiviti reseptor tersebut. Mengambil supplemen kromium dapat mengawal gula yang lebih baik dengan gunakan sedikit insulin saja.

Fungsi Zinc pula bantu pankreas menghasilkan hormon insulin yang tugasnya mengawal jumlah gula dalam darah. Gula ni digunakan untuk hasilkan tenaga. Manakala gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin & multimineral yang menyokong kesihatan optimum ibu dan bayi.



4. ESP (ENERGISING SOY PROTEIN)

ESP Shaklee
ESP Shaklee


Kandungan protein dalam ESP dengan indeks glimek yang rendah iaitu 39, ianya sangat sesuai untuk diminum ibu hamil GDM untuk mengawal paras gula dalam darah.

Karbohidrat dengan indeks glimek yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan bagi mengekalkan kandungan paras gula dalam darah.

ESP juga memberi tenaga berpanjangan untuk si ibu.


Baca juga :  Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Hamil


Di samping itu, ibu-ibu yang ada gestational diabetis juga perlulah mengikut jadual pemakanan yang disarankan oleh pakar pemakanan.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Hubungi Ruby di talian berikut ya ;)

Rubiah Kadir
016 6696703
Agen Shaklee sejak 2013
Continue Reading