Wednesday, June 24, 2020

7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak

Pengambilan gula secara berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan tubuh. Anda mungkin berhadapan dengan risiko diabetis, obesiti, serangan jantung, strok dan juga dikaitkan dengan masalah karies gigi.

Gula adalah karbohidrat ringkas yang bekalkan kita sumber tenaga segera. Gula boleh didapati secara semulajadi dalam roti, nasi, mi, pasta, ubi-ubian serta buah-buahan.


7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak
Cara Kurangkan Gula

Sini Ruby kongsikan macam mana cara mengurangkan gula untuk anda jadikan panduan ;)


7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak

#Amalkan minum air kosong

Air putih tiada gula tambahan

Untuk pengetahuan, 1 sudu teh gula = 20 kilokalori. Jika anda ambil 1 tin air berkarbonat, ini bermakna 7 sudu teh gula × 20 kilokalori = 140 kilokalori.

Jadi gantikan minuman manis seperti air sirap, kopi, kordial, air tin dan air berkarbonat dengan air putih. Air putih tiada gula dan bebas kalori, memang bagus untuk kesihatan.

Bagi sesetengah orang, air putih tu membosankan kerana tiada rasa. Jika tiada keinginan nak ambil air kosong, jangan terus capai air berperisa! Apakata anda gunakan potongan buahan sebagai penambah perisa air. Anda juga boleh guna daun pudina atau potongan lemon ke dalam air dan biarkan ianya sejuk di dalam peti. Pokoknya, be creative.


#Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat/krimer manis setiap cawan minuman

Minuman manis ada kandungan gula yang tinggi

Anda boleh bermula dengan dengan "mengurangkan kemanisan dalam minuman" dengan mengambil minuman yang kurang manis.

Bila lidah dah terbiasa dengan makanan/minuman yang kurang manis, secara automatik anda berjaya mengawal kadar pengambilan gula. Yeayy!


#Kurangkan gula dalam masakan

Gula dalam kek/manisan/masakan

Gula adalah bahan utama dalam masakan kek mahupun kuih. Apa salahnya kurangkan/rendahkan kandungan gula agar tidak berlebih-lebihan.


#Elakkan makan snek atau minuman manis

Pengambilan snek pada waktu hidangan utama atau sebelum tidur akan tingkatkan pengambilan tenaga harian.


#Utamakan ambil buah-buahan dari kuih muih sebagai pengganti dessert

Glukos dari buah-buahan lebih elok dari manisan buatan (artifical) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan kita.

Kandungan Gula Dalam Kuih Muih

Contoh, lepat pisang ada 13gram gula tambahan = 191 kilokalori. Manakala buah pisang hanya ada 76 kilokalori dan tiada gula tambahan.


#Baca senarai ramuan pada label

Baca ramuan pada label? Nampak macam remeh. Tapi sebenarnya ia bantu untuk anda mengawal jumlah pengambilan gula. Elakkan produk makanan dan minuman yang mana gula tersenarai pada bahagian awal kandungan.


Baca label terlebih dahulu

Sos, makanan dalam tin, kicap, biskut selalunya mengandungi kandungan gula yang tersembunyi dan tinggi.

Jadi, baca label dulu ya.


#Pilih makanan atau minuman yang kurang gula atau bebas gula

Mengikut peraturan-peraturan makanan 1985, makanan yang dilabel "rendah gula" bermaksud kandungan gula tidak melebihi 5gram per 100gram atau 2.5gram per 100ml.

"Bebas gula" pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5gram per 100gram atau 100ml. Kini banyak syarikat ambil inisiatif mengeluarkan produk minuman mahupun makanan mereka dengan mengurangkan gula.


Anda boleh mulakan cara yang Ruby berikan ini satu persatu. Lambat laun, ia akan jadi kebiasaan pada diri sendiri.

Anda juga boleh juga mengikut cabaran gula 21 hari daripada KKM untuk mengurangkan gula dengan bijak.


21 Hari Cabaran Gula


3 hari = cabaran tanpa minuman bergula

3 hari = cabaran 2 liter air kosong

3 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat

2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1

2 hari = cabaran tanpa aiskrim dan kek

2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1

2 hari = cabaran tanpa gula-gula & coklat

2 hari = cabaran tanpa minuman bergula

2 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat


Selamat mencuba!

24 comments:

  1. Nak minum 1.5 liter air kosong sehari pun susah nak habiskan.
    Apapun masih mencuba.

    ReplyDelete
  2. akak tak minum air manis senang nk buat tapi dalam makanan yang kadang terlepas... macam sos dan kicap

    ReplyDelete
  3. sekarang ni memang tengah cuba kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian...sebab rasa macam badan da naik sangat, sepanjang pkp asyik minum air manis...

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni mama pun nak mula kurangkan gulua dalam makanan dan minuman

    ReplyDelete
  5. Bab manis2 ni meang susah nak elakkan. Kekadang dalam sehari tu dua gelas kopi kita minum. Tq tau kongsi tips. Nanti blh la cuba praktikkan..

    ReplyDelete
  6. Kadang bukan gula je, makan nasi tu pun kena kurangkan kann, sebab dari nasi jadi gula..adeii camne nak kurangkan kopi ni ek..x reti minum kopi takde gula..huwaaaa

    ReplyDelete
  7. aduhhh teh ais sampai 6 sudu gula. Patut lah sedap sangat minum haha. Nak buat challenge ni mesti gagal di tengah jalan

    ReplyDelete
  8. saya sekarang ni pun memang dah amalkan kurangkan manis. seminggu tu beberapa kali je makan makanan manis. minuman manis memang dah tak sentuh langsung. :)

    ReplyDelete
  9. Kurangkan makanan tinggi gula dan banyakkan exercise insya Allah bagus untuk badan

    ReplyDelete
  10. mmg slalu minum air kosong tp tk cukup lg 2liter sehari ..mmg susah juga nk kurangkan manis utk yg suka mkn dessert ni..akan ku cuba hehe

    ReplyDelete
  11. Minum air kosong memang mudah nak buat. Memang eiza amalkan minum air kosong. Tapi bila bab gula, susah sikit sebab kebanyakkan makanan ada gula tersembunyi.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya nak cut gila bukannya mudah huaaaaa, nasib baiklah ada stevia pengganti gula.

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  13. terima kasih bagi tips cara kurangkan gula. Makin umur meningkat ni, takut datang penyakit macam-macam

    ReplyDelete
  14. Sisyat rs sis dah boleh kawal pengambilan gula 😊. Buat challange mcm tu la..

    Bila try minum air manis org lain, terus rs why so manis. Padahal org kata tu manis buah je.

    Mgkin sbb kte dah lama tak minum air manis kot 😊

    ReplyDelete
  15. Bagus dan menarik cabaran tanpa gula tu..yang suka manis kena paksa diri perlahan-lahan tinggalkan gula..

    ReplyDelete
  16. Memang sebaiknya elak minum gula tapi ntah la saya memang tak bole jika minum kopi ke apa ke tanpa gula huhu...

    ReplyDelete
  17. gula ni problem dia kat craving tu. kalau dapat atasi craving, gula pun dppt diketepikan

    ReplyDelete
  18. sekarang ni sarah jarang gila minum air manis. memang minum air kosong je sebab rasa lebih secure

    ReplyDelete
  19. waa.. terima kasih untuk tips nya !! hee~ kakak dah jarang amik gula, banyakkan minum air masak dan buah-buahan.. badan pun makin sihat dan segar..

    ReplyDelete
  20. Mmg bagus tips yg dikongsikan terutama ttg amaun gula. Sesuatu yg sgt menarik

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang bagus ni. Akak pun sedang kurangkan gula gak ni..tapi tu lah..kopi memang susah nak tinggal, tapi akan di cuba sedikit demi sedikit

    ReplyDelete
  22. Kita try tips no. 1 dulu. Payah betul nak minum air kosong. Nanti dah berjaya, kita try buat tips yang selebihnya :)

    ReplyDelete
  23. my wife like sugerbut saya suka minum air kosong sejak kecil

    ReplyDelete
  24. Mencabar betul nak kurangkan gula nie. Tapi nak tak nak kena cuba jugak. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)