Friday, June 26, 2020

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300

Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan menerusi insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
  • Bantuan khas secara one-off RM300 ini diberikan kepada ibu tunggal yang layak.
  • Permohonan telah dibuka mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2020.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Bantuan Khas Ibu Tunggal


Apakah definisi IBU TUNGGAL?


Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah
  • taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  • tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).


Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31.10.2020 melalui :

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak); atau



Siapakah Yang Layak Menerima BKIT?


Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:
  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran/definisi ibu tunggal di atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960.00 atau perkapita RM244.00.


Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Bantuan Khas Ibu Tunggal


Bayaran BKIT Rm300 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran ini diberi mulai Julai sehingga November 2020.




Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300


Para Ibu boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu secara online mahupun manual.

1) Permohonan BKIT Cara Manual

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD;  atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)


2) Permohonan BKIT Cara Online

Boleh mohon melalui portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di sini  https://www.jpw.gov.my  dengan cara ;

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300
Klik ikut negeri pemohon


Contoh paparan borang yang perlu diisi

  • Isikan borang online mengikut negeri pemohon.
  • Sila pastikan pemohon mempunyai akaun emel gmail dan pastikan pemohon telah log in sebelum mengisi borang.


Status kelulusan BKIT akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms). Bagi permohonan mereka yang tidak lulus, tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.



Senarai Dokumen Yang Diperlukan


Bagi permohonan baharu atau rayuan BKIT, sila kemukakan permohonan bersama-sama dokumen yang berikut ;

Dokumen Mandatori yang telah disahkan :

i.  Salinan MyKad;
ii. Salinan Penyata Akaun tahun semasa;
iii. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian;
iv. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin /
MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN /;
dan
v. Salinan Slip gaji terkini / Pengesahan Pendapatan
(Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan/Penghulu);


Dokumen Sokongan

i. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan); dan
ii. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses
penceraian).


Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal
Nombor talian yang boleh dihubungi untuk pertanyaan


Bagi mereka yang layak memohon, cepat-cepat isi borang ya. Dapatlah meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung :)


------

Info tambahan :
Nasihat Ruby untuk para Ibu yang berstatus Ibu Tunggal, anda digalakkan untuk mendaftar bagi mendapatkan pelbagai bantuan dan manfaat daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun peringkat negeri. Register secara online sebagai Ibu Tunggal  https://jpw.aidan.work/pendaftaran-ibu-tunggal/

10 comments:

  1. Nice information, sangat bermanfaat bagi yang membutuhkan

    ReplyDelete
  2. Makaeh yaaa kongsi, Sis nak kongsikan pada adik Sis, rasa dia tak tau atau mungkin dia nak lebih details...

    ReplyDelete
  3. Tengah uruskan Mak punya jugak ni. Semoga ada rezeki.

    ReplyDelete
  4. Tq share berkenaan ni. Bagus ada sumbangan macam ni. Ada sesetengah ibu tunggal mungkin tak mampu nk sara anak sorang diri. Sumbangan macam ni atleast bantu sikit2.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, syukur single mom dapat bantuan sebegini. Mudahan semuanya mendapat faedah dan tidak ada yang dipinggirkan.

    ReplyDelete
  6. Ada juga ya bantua tuk ibu tunggal. Alhamdulillah bagusla camni bantu ibu3 tunggal dlm keadaan cmni kan

    ReplyDelete
  7. Bagusnya macam² bentuk bantuan dah ada sekarang ni. Alhamdulillah rezeki untuk ibu tunggal yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  8. moga dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan rasa bebanan pada pihak ibu yang terpaksa memebsarkan anak mereka seorang diri

    ReplyDelete
  9. Eh ini bagus... I can share with my friends to get this bantuan also... Bukan senang nak jadi ibu tunggal... They are the best!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)