Friday, July 3, 2020

Pageviews Blog RubiahKadir Makin Meningkat

Syukur. Akhirnya, target bulan Jun berjaya jugak dicapai lebih 100 000 pageviews. Alhamdulillah! Usaha Ruby dalam membangunkan blog yang tak seberapa ni sejak tahun lepas, mula membuahkan hasil.




Ini adalah rekod statistik blog rubiahkadir selama 4 bulan berturut-turut.

Bulan Mac
PV  65 ribu

Bulan April
PV  75 ribu

Bulan Mei
PV  94 ribu

Bulan Jun
PV  111 ribu


Macam tak percaya. Rasa nak menangis pun ada bila tengok jumlah angka peningkatan pageviews (PV) dari bulan ke bulan.



Klik gambar untuk gambaran lebih jelas


Jika tengok pada graf sepanjang bulan Jun, boleh dikatakan  3000 - 4000 pengunjung/pembaca yang datang dan masuk ke blog ini setiap hari. Seriusss, Ruby sendiri terkejut dengan perubahan pageviews yang semakin naik.

Kalau dulu sendu sangat-sangat. Setiap hari nak dapatkan 2 3 ratus pageviews pun sakit. 

Tapi sekarang, Ya Allah bahagianya rasa tengok angka "K"  tiap kali Ruby bukak blogger. Lebih bersemangat dan berkobar-kobar perasaan tu.

Jumlah follower blog Ruby tak lah ramai mana pun. Tak famous seperti blogger-blogger lain yang punya ribuan followers. Ruby mula berblog dari tahun 2015 lagi sebenarnya. Tapi kembali aktif balik pada pertengahan tahun 2019 sampailah sekarang ni. 

Terima kasih pada yang setia berkunjung ke sini. Ruby akan cuba sebaik yang boleh untuk memberi content yang bermanfaat dan menarik untuk kalian baca.

Ruby berharap agar blog rubiahkadir ni dapat mencecah angka 1 juta
pageviews pada disember 2020 nanti. InsyaAllah.

14 comments:

  1. Tahniah Ruby. Nak jugak ' K ' pageview cam Ruby hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow je tip yang kita belajar dengan MD tu ya kak.

      Delete
  2. Tahniah. Saya belum sampai lagi tapi sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ruby. Kayuh pelan2. PV blog abam kie pun sekitar 700 ke 1000 je sehari. OK dah tu. BTW, abam kie dah follow blog Ruby. Harap sudilah follow back jika belum. Apa kata kita bertukar bloglist? TQ.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ruby. I proud with u.
    Berbaloi usahamu.

    ReplyDelete
  5. Aamiin InshaAllah 🤲🏻🤓

    Done follow #226 🎈

    ReplyDelete
  6. uih...terbakar mak kat sini. btw tahniah sayang. hehe

    ReplyDelete
  7. Pertahankan PVnya, kak.
    Semangat blogging :)

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah.....nak juga PV macam ni...share tips pls..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)